CARA PINDAH DUIT TRANSFER MONEY GUNA AMONLINE

CARA PINDAH DUIT TRANSFER MONEY GUNA AMONLINE

TRANSFER DUIT AMONLINE

Kepada para pelanggan AmBank, semestinya anda perlu daftar AmOnline anda bagi memudahkan prlbagai traksasi secara online. Sebagai pengguna kali pertama, semestinya anda ingin ketahui cara pindah atau transfer duit  menggunakan AmOnline. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya,  semoga membantu.

 

APA ITU AMONLINE

AmOnline ialah platform perbankan dalam talian yang diperkenalkan oleh AmBank Malaysia. Ia membolehkan pelanggannya mengakses dan menguruskan akaun perbankan pelanggan secara online.

 

PERKHIDMATAN AMONLINE

Berikut adalah merupakan antara perkhdimatan yang boleh dilakukan menerusi AmOnline iaitu:

  • Semak baki akaun simpanan dan akaun semasa anda dengan mudah.
  • Melakukan pindahan wang dalam talian antara akaun AmBank anda atau ke akaun lain di dalam atau luar negara.
  • Membayar pelbagai bil seperti bil utiliti, pembayaran pinjaman, kad kredit, dan lain-lain lagi
  • Menguruskan kad kredit termasuk semakan baki kad kredit, pembayaran bil kad kredit, dan pengaktifan atau penutupan kad.
  • Mengakses penyata akaun dan penyata kad kredit.
  • Mengemaskini maklumat peribadi, menukar kata laluan, dan tukar transaksi limit.

 

CARA TRANSFER DUIT GUNA AMONLINE

Kepada anda yang ingin pindah (transfer) duit anda ke akaun yang lain, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal online banking AmOnline atau buka aplikasi AmOnline di telefon and
  2. Log masuk ke akaun anda
  3. Pada paparan utama, klik pada Transfer Money
  4. Pada bahagian tarnsfer to, anda boleh pilih pada jenis akaun yang anda ingin pindahkan
  5. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama Bank
    • No akaun penerima
    • Kaedah Transfer
    • Jumlah ingin Transfer
    • Masa ingin Transfer
    • Tujuan Transfer – sekiranya perlu
  6. Setelah lengkap semua maklumat diperlukan, klik pada Continue
  7. Pada bahagian Review & Confirm, semak maklumat yang tertera. Sekiranya tepat, klik pada Agree & continue
  8. Klik pada Request TAC. Masukkan no TAC yang diterima melalui SMS pada ruangan yang tersedia dan klik Confirm
  9. Status transaksi berjaya. Urusan pindahan duit anda telah selesai
  10. Anda boleh simpan resit transaksi dengan klik pada View Receipt untuk tujuan rujukan.

 

HAD LIMIT TARNSFER AMONLINE AMBANK

  • Had transaksi harian maksimum ialah RM 50,000.00, had gabungan dengan IBG dan Pindahan Segera. Secara lalai, had ditetapkan pada RM 5,000.00.
  • Untuk akaun non-resident, had transaksi harian ialah RM10,000.00 untuk DuitNow.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiraya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Transfer Duit AmOnline AmBank, sila rujuk saluaran berikut:

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment