CARA NAIK KTM KOMUTER DARI KL SENTRAL KALI PERTAMA(Check Timetable Schedule Waktu Operasi)

CARA NAIK KTM KOMUTER DARI KL SENTRAL KALI PERTAMA(Check Timetable Schedule Waktu Operasi)

CARA NAIK KTM KOMUTER

Kepada anda yang baru pertama kali ingin menaikki KTM Komuter dari KL Sentral, semestinya ingin ketahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda jadual waktu oeprasi dan juga cara naik KTM Komuter, semoga membantu.

 

APA ITU KTM KOMUTER

KTM Komuter merupakan satu sistem pengangkutan awam yang memulakan perkhidmatannya pada pertengahan Ogos 1995 bertujuan memberi khidmat memuaskan dan mengatasi kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

 

CARA NAIK KTM KOMUTER DARI KL SENTRAL

Kepada anda yang beru pertama kali ingin menaikki KTM Komute di Kl Sentral, berikut adalah merupakan caranya:

Langkah 1: Pergi ke Stesen

  • Langkah pertama sudah tentu pergi ke stesen KTM Komuter di KL Sentral. Lokasinya sangat mudah dicari kerana berada di tengah-tengah bangunan. Pintu-pintu itu berbaris dengan pintu-pintu ke LRT Laluan Kelana Jaya dan juga KLIA Transit

Langkah 2: Beli Kad Touch n Go atau Commuter Link

  • Berbeza dengan MRT, LRT dan Monorel di Kuala Lumpur yang masih boleh menggunakan token, KTM Komuter memerlukan transaksi tanpa tunai. Maknanya kita kena beli kad khas dulu baru boleh guna KTM Komuter.
  • Ada 2 jenis kad yang kita boleh guna iaitu kad Touch n Go dan Komuter Link. Disyorkan kepada anda guna kad Touch n Go kerana ia juga boleh digunakan untuk mengakses mod pengangkutan lain seperti MRT, LRT, Monorel, dan lain-lain.

Langkah 3: Tambah Baki

  • Langkah ini sebenarnya adalah pilihan sekiranya baki kad Touch n Go anda tidak mencukup, boleh lah tambah nilai terlebih dahulu.

Langkah 4: Sentuh Kad TnG Pada Pintu Palang Masuk

  • Seterusnya anda perlu melihat jadual berlepas keretapi. Kereta api KTM Komuter boleh datang setiap setengah jam atau sejam sekali.
  • Oleh itu, sebelum memasuki platform, lihat dahulu bila kereta api yang akan anda naiki berlepas. Maklumat perlepasan kereta api biasanya dipaparkan pada skrin di pintu masuk. Pada skrin maklumat juga dipaparkan pada nombor platform di mana kereta api kami akan berlepas.

Langkah 5: Pergi ke Platform

  • Selepas tiba di platform, sila lihat papan tanda untuk mengetahui di mana kereta api anda akan tiba. Pada satu platform biasanya terdapat dua kereta api yang menuju ke arah yang bertentangan.
  • Lepas train sampai, sila tunggu penumpang keluar dulu, baru kita masuk. Di KTM Komuter juga ada gerabak khas untuk wanita. Biasanya terdapat tanda khas pada gerabak. Jadi jika anda seorang lelaki, jangan masuk ke dalam gerabak itu.

Langkah 6: Naik Kereta Api

  • Lepas masuk train, anda boleh duduk kalau masih ada tempat kosong. Semasa di dalam kereta api, sentiasa mendengar pengumuman yang diberikan. Biasanya pengumuman adalah mengenai stesen hentian seterusnya.

Langkah 7: Turun dari Kereta Api

  • Setelah tib a di stesen destinasi, sila keluar dengan teratur. Perhatikan langkah kaki anda kerana biasanya terdapat jarak antara lantai kereta api dan lantai platform. Seterusnya, sila ikut arahan untuk ke pintu keluar.
  • Untuk keluar dari stesen, sila sentuh kad TnG anda sekali lagi di pintu palang keluar. Pilih pintu pagar dengan anak panah hijau. Selepas mnyentuh, pintu pagar akan segera terbuka dan baki pada kad kami juga akan ditolak serta-merta.

 

JADUAL PERJALANAN KTM KOMUTER

Untuk menyemak jadual perjalanan KTM Komuter terkini dan lengkap, anda boleh merujuk pada pautan dibawah:

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA NAIK KTM KOMUTER DARI KL SENTRAL KALI PERTAMA(Check Timetable Schedule Waktu Operasi)”

Leave a Comment