CARA DAFTAR AKAUN AMONLINE ONLINE (Guna Telefon Register AmOnline AmBank)
Kepada para pelanggan AmBank, Terkini anda boleh menggunakan perkhidmatan perbankan Ambank secara online menerusi AMOnline. Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepad anda cara mendaftar akaun AmOnline, semoga membantu.
APA ITU AMONLINE AMBANK
AmOnline ialah platform perbankan dalam talian yang diperkenalkan oleh AmBank Malaysia. Ia membolehkan pelanggannya mengakses dan menguruskan akaun perbankan pelanggan secara online.
PERKHIDMATAN AMONLINE AMBANK
Berikut adalah merupakan antara perkhdimatan yang boleh dilakukan menerusi AmOnline iaitu:
- Semak baki akaun simpanan dan akaun semasa anda dengan mudah.
- Melakukan pindahan wang dalam talian antara akaun AmBank anda atau ke akaun lain di dalam atau luar negara.
- Membayar pelbagai bil seperti bil utiliti, pembayaran pinjaman, kad kredit, dan lain-lain lagi
- Menguruskan kad kredit termasuk semakan baki kad kredit, pembayaran bil kad kredit, dan pengaktifan atau penutupan kad.
- Mengakses penyata akaun dan penyata kad kredit.
- Mengemaskini maklumat peribadi, menukar kata laluan, dan tukar transaksi limit.
SYARAT MENDAFTAR AMONLINE AMBANK
Sebelum mendaftar perkhidmatan Ambank online, Anda mestilah memiliki salah satu daripada produk berikut:
- Kad Kredit / Kad-i Ambank
- Akaun Semasa atau Simpanan/-i AmBank yang dipautkan kepada Kad Debit AmBank.
- Pinjaman AmBank sama ada Sewa Beli / Pajak gadai / Pinjaman Peribadi / Pembiayaan
CARA DAFTAR AKAUN AMONLINE AMBANK
Kepada anda penguna kali pertama, berikut adalah merupakan cara untuk mendaftar iaitu:
Daftar AmOnline Guna Website
- Layari pautan AmOnline
- Klik butang Register.
- Sila masukkan Username, Password dan gambar Keselamatan.Cara Daftar Ambank Online Banking
- Check √ I agree with the terms & conditions, klik Next.
- Pilih New IC No, masukkan ID Number, Email dan Mobile Number, klik Next.ambank online banking login
- Email confirmation akan dihantar ke email Anda, sila buka email tersebut dan klik link confirmation untuk activate.
- Selesai
Daftar AmOnline Guna Aplikasi AmOnline
- Muat turun aplikasi AmOnline di Google Playstore atau App Store.
- Buka aplikasi AmOnline di handphone Anda.
- Pilih Let’s Get Started.
- Pilih Register to AMOnline.
- Isikan maklumat peribadi Anda, pastikan maklumat yang Anda dah masukkan tepat.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan (IC) dan no telefon.
- Masukkan juga nombor kad ATM dan nombor PIN atau masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan dan SMS TAC.
- Masukkan Username dan Password.
- Tahniah Anda berjaya mendaftar AmOnline.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiraya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan AmOnline AmBank, sila rujuk saluaran berikut:
- Telefon Pusat Panggilan: 03-2178 8888
- Emel: [email protected]
ARTIKEL LAIN: