VAKSIN INFLUENZA KANAK-KANAK DEWASA HARGA(Berapa Dos Klinik Kerajaan Swasta)

VAKSIN INFLUENZA KANAK-KANAK DEWASA HARGA(Berapa Dos Klinik Kerajaan Swasta)

VAKSIN INFLUENZA

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Kepada anda yang ingin mengambil suntikan Vaksin Influenza, semestinya ingin mengetahui kadar harga semasa. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU VAKSIN INFLUENZA

Vaksin influenza, juga dikenali sebagai suntikan flu, merupakan vaksin yang memberi perlindungan daripada influenze. Versi baharu vaksin ini dibangunkan dua kali setahun kerana virus influenze berubah dengan cepat. Kebanyakan vaksin ini memberi perlindungan yang sederhana sehingga tinggi daripada influenze, tetapi kadar perlindungan ini berbeza dari satu tahun ke tahun yang lain.

 

KENAPA PERLU MENGAMBIL VAKSIN INFLUENZA

Malaysian Influenza Working Group(MIWG) menyenaraikan tujuh sebab individu dan keluarga perlu mendapatkan vaksin suntikan flu sebagaimana disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu:

  1. Flu mudah berjangkit
  2. Ujian flu tidak kerap dilakukan
  3. Flu boleh membawa parah malah maut
  4. Flu seperti Covid-19, lebih berisiko mengancam warga emas
  5. Flu boleh menyebabkan serangan jantung
  6. Selesema boleh menjadi bahaya bagi penghidap kencing manis
  7. Kehamilan dan anak dalam kandungan

 

CARA JANGKITAN VIRUS INFLUENZA

Virus Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

 

GOLONGAN RISIKO PERLU AMBIL VAKSIN INFLUENZA

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:

  • kanak-kanak
  • warga tua
  • wanita mengandung
  • mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

 

GEJALA VIRUS INFLUENZA

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)

 

KADAR HARGA VAKSIN INFLUENZA

Berikikut adalah merupakan kadar harga vaksin ini iaitu:

  • Klinik Kerajaan: Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenze bermusim di fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
  • Klinik Swasta: Bermula RM80.00 (mengikut pakej)

NOTA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menetapkan harga vaksin Infuenza A (H1N1) di klinik mahupun hospital swasta kerana ia bukan ubat kawalan. Ianya terpulang kepada klinik dan hospital swasta berkenaan menentukan harga vaksin.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai influenza, sila layari website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “VAKSIN INFLUENZA KANAK-KANAK DEWASA HARGA(Berapa Dos Klinik Kerajaan Swasta)”

Leave a Comment