CARA BAYAR MBS CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)
Untuk makluman kepada warga penduduk negeri Sembilan terutamanya di kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), anda kini boleh membuat semakan dan membayar cukai taksiran secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar cukai taksiran, semoga membantu.
APA ITU CUKAI TAKSIRAN
Cukai pintu/taksiran merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan cukai pintu ini bagi meMBSayai kos penyelengaraan bandar seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya.
KENAPA PERLU BAYAR CUKAI TAKSIRAN
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran. Sekiranya gagal menjelaskan cukai pintu, harta anda boleh DISITA mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
KADAR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBS
Kadar cukai pintu ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih berbanding di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai pintu adalah dalam lingkungan 9 peratus hingga 10 peratus daripada nilai harta.
TEMPOH BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBS
Untuk makluman, cukai pintu perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu pada :
- 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun
- 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.
NOTA: Selepas tarikh itu, Kos Notis Tuntutan Borang E sebanyak RM20.00 berserta tunggakan cukai taksiran akan dikenakan dan dikemukakan kepada pemilik-pemilik.
CARA SEMAK NO AKAUN CUKAI TAKSIRAN MBS
- Anda boleh menyemak pada resit atau bil pembayaran yang lalu atau menghubungi PBT berkaitan untuk mendapatkan nombor akaun tersebut.
- Bil cukai taksiran akan dikeluarkan dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai.
CARA SEMAK CUKAI TAKSIRAN MBS
Semakan boleh dibuat dengan melayari:
- Layari potal MBSClick
- Log masuk akaun anda, jika anda pengguna bahau hendaklah mendaftar terlebih dahulu.
- Setelah berja log masuk, anda boleh mengakses untuk menyemak cukai taksian anda
CARA BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBS
Untuk membuat bayaran cukai pintu secara online, berikut adalah merupakan caranya:
- Bayaran boleh dibuat melalui MBSClick
- Melaui aplikasi – myMBS (Play store / Apple Store)
- Atas talian di pautan https://epay.mbs.gov.my
- Online Banking:
- Log masuk online banking pilihan anda
- Pilih menu Pembayaran
- Pilih Majlis Bandaraya Seremban – Cukai taksiran
- Masukkan nombor akaun cukai taksiran
- Masukkan Amaun Yang Hendak Dibayar
- Ikut arahan selanjutnya dari bank
- Pembayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter MBI:
- Majlis Bandaraya Seremban Kaunter Pandu Lalu,
- Majlis Bandaraya Seremban Kaunter Bayaran, Pejabat Cawangan Nilai,
- Majlis Bandaraya Seremban Kaunter Pandu Lalu,
- Pejabat Cawangan Nilai, Majlis Bandaraya Seremban
- Agensi-agensi kutipan yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Seremban.
SOALAN LAZIM (FAQ) CUKAI TAKSIRAN MBS
Bolehkah saya melaksanakan semakan bil atau akaun menggunakan nombor kad pengenalan?
- Semakan hanya boleh dilaksanakan melalui nombor akaun sahaja bertujuan melindungi data daripada diakses oleh individu atau pihak yang tidak berkaitan bagi menjamin perlindungan kerahsiaan data yang lebih baik di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bolehkah saya melaksanakan pembayaran bil bagi individu atau pihak lain?
- Boleh, dengan syarat anda mempunyai maklumat nombor akaun dan nama PBT berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai semakan cukai Taksiran MBS, anda boleh layari portal rasmi Majlis Bandaraya Seremban
ARTIKEL LAIN: