CARA BAYAR MBI CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)
Untuk makluman kepada warga penduduk negeri Perak terutamanya di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), anda kini boleh membayar dan membuat semakan dan membayar cukai taksiran secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar cukai taksiran, semoga membantu.,
APA ITU CUKAI TAKSIRAN
Cukai pintu/taksiran merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan cukai pintu ini bagi membiayai kos penyelengaraan bandar seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya.
KENAPA PERLU BAYAR CUKAI TAKSIRAN
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran. Sekiranya gagal menjelaskan cukai pintu, harta anda boleh DISITA mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
KADAR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN
Kadar cukai pintu ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih berbanding di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai pintu adalah dalam lingkungan 9 peratus hingga 10 peratus daripada nilai harta.
TEMPOH BAYARAN CUKAI TAKSIRAN
Untuk makluman, cukai pintu perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu pada :
- 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun
- 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.
CARA SEMAK NO AKAUN CUKAI TAKSIRAN MBI
- Anda boleh menyemak pada resit atau bil pembayaran yang lalu atau menghubungi PBT berkaitan untuk mendapatkan nombor akaun tersebut.
CARA SEMAK CUKAI TAKSIRAN MBI
Semakan boleh dibuat dengan melayari:
- Layari potal e-Semak & e-Cetak Bil Cukai Taksiran
- Log masuk akaun anda, jika anda pengguna bahau hendaklah mendaftar terlebih dahulu.
- Setelah berja log masuk, anda boleh mengakses untuk menyemak cukai taksian anda
CARA BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBI
Untuk membuat bayaran cukai pintu secara online, berikut adalah merupakan caranya:
- Bayaran boleh dibuat melalui D-MBI@Ipoh
- Pembayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter MBI:
- Kaunter Ibu Pejabat MBI – Greentown
- Kaunter Pandu masuk – Greentown
- Kaunter Jalan Bandar
- Kaunter Rakyat (Kaunter Bergerak)
SOALAN LAZIM (FAQ) CUKAI TAKSIRAN MBI
Bolehkah saya melaksanakan semakan bil atau akaun menggunakan nombor kad pengenalan?
- Semakan hanya boleh dilaksanakan melalui nombor akaun sahaja bertujuan melindungi data daripada diakses oleh individu atau pihak yang tidak berkaitan bagi menjamin perlindungan kerahsiaan data yang lebih baik di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bolehkah saya melaksanakan pembayaran bil bagi individu atau pihak lain?
- Boleh, dengan syarat anda mempunyai maklumat nombor akaun dan nama PBT berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai semakan cukai Taksiran MBI, anda boleh layari portal rasmi Majlis Bandaraya Ipoh
ARTIKEL LAIN: