CARA CANCEL DELETE AUTO DEBIT TOUCH N’ GO eWALLET(Aktif Auto Reload TnG)

CARA CANCEL DELETE AUTO DEBIT TOUCH N’ GO eWALLET(Aktif Auto Reload TnG)

AUTO DEBIT RELOAD TnG

Kepada pengguna Touch N’ Go eWallet, semestinya anda perlu menambah nilai dalam Wallet anda bagi memudahkan urusan anda membuat pembayaran. Untuk tambah nilai ini pelbagai keedah boleh digunakan sepeti i kad debit/kredit, online banking dan sebagainya. Anda juga boleh tetapkan untuk auto debit reload TnG eWallet anda. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU AUTO DEBIT RELOAD TnG eWALLET

Auto-reload merupakan cara menambah nilai yang membolehkan anda menetapkan jumlah yang anda inginkan untuk ditolak secara automatik dari kad kredit yang dibenarkan. Jumlah ini akan ditambah secara automatik sejurus apabila baki ke Touch ‘n Go eWallet anda apabila baki eWallet kurang dari baki minimum yang telah ditetapkan.

 

HAD LIMIT AUTO DEBIT RELOAD TnG eWALLET

Jumlah maksimum untuk fungsi “Auto Reload” bergantung kepada  taraf eWallet pengguna.

  • Bagi taraf Lite, jumlah maksimum yang boleh anda tetapkan pada satu-satu masa adalah sehingga RM180 kerana ambang terendah untuk “Auto Reload” ialah RM 20, dengan syarat had eWallet adalah mencukupi.
  • Untuk taraf Pro dan Premium, jumlah maksimum yang boleh anda tetapkan pada satu-satu masa adalah sehingga RM2,000

 

CARA AKTIFKAN AUTO DEBIT RELOAD TnG eWALLET

Kepada anda ingin aktifkan fungsi auto debit ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Lancarkan aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan pilih baki eWallet
  2. Klik ikon “Reload eWallet”, dan klik ikon “Auto-Reload”. Jika anda telah pun mempaut kad kredit pilihan anda ke Touch ‘n Go eWallet, sila ke langkah 6.
  3. Anda perlu memasukkan butiran kad kredit anda, tandakan kotak persetujuan bagi membenarkan Touch ‘n Go eWallet mengenakan caj RM1 untuk tujuan pengesahan dan tekan butang ‘Add This Card’. RM1 akan dipulangkan selepas pengesahan berjaya dilakukan. Dimaklumkan bahawa caj terapung RM1.00 dicaj pada kad kredit atau debit anda setelah anda menambahkan kad sebagai kegemaran anda akan dikembalikan kepada kad kredit atau kad debit anda (kad kredit dalam masa 7 hari / kad debit debit dalam masa 21 hari).
  4. Anda akan dibawa ke halaman bank yang mengeluarkan kad di mana anda perlu memasukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang diterima melalui SMS dari bank yang mengeluarkan kad.
  5. Anda boleh menetapkan jumlah minimum (RM20 – RM100) dan jumlah auto-reload yang anda mahu (RM100, RM200, RM 300, RM 500, RM 1000, and Others)
  6. Pilih kad kredit anda. Kad Debit tidak boleh digunakan untuk perkhidmatan auto-reload ini.
  7. Tekan butang “Save” dan anda sudah pun selesai!

 

CARA CANCEL AUTO DEBIT RELOAD TnG eWALLET

Sekiranya anda ingin cancel atau delete fungsi auto debit ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Lancarkan aplikasi Touch ‘n Go eWalletdan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan utama klik pada profil dan pilih My-Auti Debit(s)
  3. Paparan akan menunjukkan senarai kesemua merchants yang anda telah setkan auto debit
  4. Klik pada salah satu merchant yang anda ingin delete kan daripada senarai tersebut
  5. Seterusnya scroll ke bawah dan klik pada Cancel Auto-Debit dan klik Confirm
  6. Selesai, anda telah berjaya cancel fungsi auti debit tersebut.

 

MAKLUMAT LANJUT

Ntuk dapatkan maklumat lanjut mengenai auto debit reload TnG, anda boleh merujuk pada pautan soalan lazim (FAQ) Touch N’ Go eWallet

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment