CARA TUKAR KATA LALUAN RHB MOBILE BANKING(Reset Password Terlupa)

CARA TUKAR KATA LALUAN RHB MOBILE BANKING(Reset Password Terlupa)

RESET RHB MOBILE BANKING

Kepada pelanggan RHB Bank, semestinya penggunaan RHB Mobile banking yang memang menyenangkan anda untk membuat proses pembayaran, pemindahan wang, penyemakan baki akaun dan sebagainya. Untuk mengakses ke online banking seharusnya perlu dimasukkan user id dan kata laluan. Bagaimana jika anda terlupa kata laluan anda? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara reset kembali password RHB Mobile banking, semoga membantu.

 

APA ITU RHB MOBILE BANKING

RHB Bank Bhd (RHB) memperkenalkan aplikasi perbankan mudah alih RHB mobile banking baharu, menawarkan keupayaan pengurusan aliran tunai serba boleh kepada pelanggan perniagaan.Melalui aplikasi ini membolehkan pengguna menggunakan semua jenis transaksi melalui mudah alih seperti semak baki akaun, bayar bil, topup kredit, semak sejarah transaksi dan banyak lagi..

 

MUAT TURUN APLIKASI RHB MOBILE BANKING

Sudah tentunya bagi memudahkan urusan anda harusnya memuat turun dan install aplikasi ini di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma

 

CARA RESET PASSWORD RHB MOBILE BANKING

Sekiranya anda terlupa kata lalaun anda, anda bolet resetkan kembali untuk dapatkan kata laluan baharu. Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan kembalki iaitu:

  1. Buka aplikasi RHB mobile banking di telefon anda
  2. Pada laman log masuk klik pada Use Password To Login.
  3. Kemudian, untuk mula tukar kata laluan, tekan pada Forgot Password.
  4. Pada bahagian ini, isikan saja nombor kad ATM RHB Anda pada ruangan yang disediakan. Klik Next.
  5. Selepas itu, isikan pula Nombor PIN kad tersebut pada ruangan yang disediakan. Klik Next.
  6. Seterusnya, isikan Nombor OTP yang diterima pada ruangan ini. Jika sudah selesai, tekan Submit.
  7. Selepas itu, barulah Anda boleh isikan Kata Laluan Baru pada ruangan yang disediakan. Pastikan kata laluan baharu anda  mestilah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh RHB. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
  8. Selesai, kata laluan anda telah berjaya ditukar kepada kata laluan baharu. Anda kini boleh login kembali menggunakan kata laluan baharu tersebut.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) RHB MOBILE BANKING

Bagaimana jika terlupa username rhb online?

Bagaimana jika ada masalah tak boleh login rhb now online?

  • Boleh kongsikan masalah anda dengan hubungi Customer Care Centre di nombor 03-9206 8118

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika Anda mendapatkan masalah pada masa reset password RHB mobile banking, sila menghubungi costumer service bank RHB. Melalui email dan nombor telefon rasmi:

  • Email : [email protected]
  • Nombor telefon : 03-9206 8118
  • Atau pergi ke cawangan bank RHB terdekat untuk menyelesaikan masalah Anda

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment