CARA HASILKAN KOD QR DUITNOW RHB BANK (Print Terima Bayaran Guna RHB Mobile Banking)

CARA HASILKAN KOD QR DUITNOW RHB BANK (Print Terima Bayaran Guna RHB Mobile Banking)

KOD QR DUITNOW RHB

Seperti yang anda sedia maklum, RHB Bank telah memperkenalkan aplikasi RHB mobile banking. Anda yang merupakan pelanggan RHB Bank seharusnya mengggunakan aplikasi ini bagi memudahkan urusan anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk hasilkan kod QR duitnow RHB Mobile banking bagi menerima bayaran secara panas, semoga membantu.

 

APA ITU RHB MOBILE BANKING

RHB Bank Bhd (RHB) memperkenalkan aplikasi perbankan mudah alih RHB mobile banking baharu, menawarkan keupayaan pengurusan aliran tunai serba boleh kepada pelanggan perniagaan.Melalui aplikasi ini membolehkan pengguna menggunakan semua jenis transaksi melalui mudah alih seperti semak baki akaun, bayar bil, topup kredit, semak sejarah transaksi dan banyak lagi.

 

MUAT TURUN APLIKASI RHB MOBILE BANKING

Sudah tentunya bagi memudahkan urusan anda harusnya memuat turun dan install aplikasi ini di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma

 

CARA HASILKAN KOD QR DUITNOW RHB BANK

Bagi emmudahkan urusan anda menerima pembayaran tanpa tunai dengan hanya menggunakan duitnow, seharusnya anda ciptakan QR Code bagi memudahkan urusan pelanggan anda. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi RHB mobile banking di telefon dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada paparan utama klik pada DuitNow QR
  3. Untuk tujuan penerimaan bayaran klik pada Receive
  4. Anda diberi pilihan unuk jenis akaun bagi penerimaan duit secara imbasan kod QR ini.
  5. Selesai, anda boleh download gambar QR tersebut dan diprint bagi memudahkan pelanggan anda membuat imbasan bagi tujuan pembayaran.

 

CARA ATASI RALAT QR DUITNOW RHB

Berikut adalah merupakan cara atasi QR Code yang bermasalah iaitu:

PUNCACARA ATASI
Kontras Warna dan warna terbalik bagi kod QRIngat bahawa warna latar depan hendaklah sentiasa lebih gelap daripada warna latar belakang.
Elakkan warna terang seperti kuning, biru muda dan pastel, yang boleh menyebabkan kelewatan pengimbasan.
Berpegang pada kombinasi kontras tinggi untuk meningkatkan kebolehimbasan.
Output kod QR kaburUntuk bahan cetakan, pilih format vektor seperti SVG untuk mengekalkan kualiti imej. Untuk kegunaan digital, pilih format raster seperti PNG.
Data kod QR yang sesakAnda perlu mengekalkan data anda pada tahap minimum. Untuk URL yang panjang, anda boleh menggunakan pemendek URL dalam talian.
Anda juga boleh menggunakan kod QR dinamik. Saiz data tidak akan menjejaskan corak mereka kerana mereka sudah mempunyai URL pendek prabenam yang mengubah hala ke data anda.
Saiz kod QR tidak sepadanUntuk memastikan pengimbasan optimum, ikut garis panduan saiz ini: gunakan saiz minimum 3 cm x 3 cm untuk pengimbasan jarak dekat.
Untuk pengimbasan jarak jauh, gunakan formula: jarak dari pengimbas dibahagikan dengan 10.
Data kod QR tidak boleh diaksesPastikan kebenaran akses disediakan untuk fail yang disimpan dalam perkhidmatan awan. Jika anda menggunakan kod QR dinamik, semak semula kesahihan pelan langganan anda untuk mengekalkan kebolehaksesan data.
Peletakan kod QR yang salahLetakkan kod QR di kawasan yang tidak akan mengalami lipatan atau lipatan.
Sebaik-baiknya letakkan kod QR anda di kawasan rata di mana pengimbas boleh mengimbas kod dengan mudah.
Gunakan bahan kertas yang sesuai untuk membenamkan kod QR anda.
Letakkan kod QR anda di tempat yang biasanya orang ramai berkumpul atau berjalan kaki—stesen kereta api, perhentian bas dan taman rekreasi.
Pastikan kod QR anda berada pada paras mata.
Kod QR tidak memaparkan maklumat yang betulWalaupun kod QR berjaya mengimbas, memaparkan maklumat yang salah boleh mengelirukan pengguna. Untuk membetulkannya, pilih kod QR dinamik yang membolehkan anda mengedit data tanpa perlu bersusah payah.
Reka bentuk kod QR yang lebih disesuaikanElakkan menyongsangkan warna, memilih corak yang tidak boleh diimbas atau menambah unsur yang menarik perhatian secara berlebihan. Pastikan ia menarik secara visual namun boleh diimbas.
Kod QR tamat tempohKod QR yang telah tamat tempoh adalah kekecewaan besar. Pastikan penjana kod QR yang anda gunakan adalah telus tentang kefungsian dan tempoh tamat tempoh kod.
Peranti tidak mengimbas atau mengecam kod QRTidak semua telefon pintar menyokong pengimbasan kod QR asli. Kami mengesyorkan anda memuat turun apl pengimbas kod QR untuk peranti yang lebih lama untuk memenuhi keperluan semua pengguna.

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika Anda mendapatkan masalah pada RHB mobile banking, sila menghubungi costumer service bank RHB. Melalui email dan nombor telefon rasmi:

  • Email : [email protected]
  • Nombor telefon : 03-9206 8118
  • Atau pergi ke cawangan bank RHB terdekat untuk menyelesaikan masalah Anda

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment