SIMPANAN DEPOSIT TETAP MAYBANK(Cara Transfer Ke Akaun Saving & FD Rate Promotion)
Pernahkah anda mendengar mengenai pelaporan simpanan tetap? Semestinya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenainya. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai simpanan deposit tetap Maybank, semoga membantu.
APA ITU SIMPANAN DEPOSIT TETAP MAYBANK
Deposit tetap (FD) adalah sejenis pelaburan jangka pendek di mana pelabur mendepositkan sejumlah wang dan bersetuju untuk mengelak daripada mengeluarkan wang mereka untuk sesuatu tempoh masa yang ditetapkan. Semasa tempoh matang, pelabur akan dibayar dengan kadar faedah yang besar dan ia biasanya lebih besar daripada akaun simpanan konvensional. Pelabur baru lebih suka FD kerana ia diinsuranskan oleh kerajaan dan ia memastikan pulangan yang tinggi, bergantung pada kadar faedah dan tempoh.
PANDUAN TENTANG SIMPANAN DEPOSIT TETAP MAYBANK
Pastikan anda ketahui maklumat yang lengkap sebelum membuat pelaburan tetap iaitu:
Kadar faedah | Anda harus mengetahui kadar faedah selepas tempoh matang untuk memastikan anda mendapat jumlah pulangan yang besar. Kadar faedah berbeza untuk setiap bank dan ia juga bergantung kepada tempoh.
|
Tempoh | Bank yang berbeza menawarkan tempoh yang berbeza, iaitu diantara 1 bulan hingga beberapa tahun. Pilih yang sesuai dengan keperluan dan matlamat kewangan anda. |
Caj tersembunyi | Adalah penting untuk anda mengenal pasti semua caj yang bakal ditanggung supaya anda boleh mengelak daripada berbelanja lebih daripada yang anda jangkakan. |
Penalti | Anda harus ambil maklum tentang jumlah penalti supaya anda tahu apa yang akan jadi jika anda perlu mengeluarkan wang sebelum tempoh matang. |
Bank | Mengambil kira tentang perkhidmatan pelanggan dan reputasi bank yang anda merancang untuk memohon akaun deposit tetap anda adalah satu langkah penting! Buat kajian menyeluruh sebelum membuat keputusan mengenai bank |
JENIS SIMPANAN DEPOSIT TETAP MAYBANK
Berikut adalah merupakan 5 jenis simpanan tetap yang berbeza ditawarkan iaitu:
- Simpanan Tetap Maybank
- Simpanan Tetap-i e-Islamic Maybank
- Simpanan Tetap-i Islamic Maybank
- Akaun Prosperous Now-i Maybank
- Simpanan Tetap-e Maybank
KELEBIHAN SIMPANAN DEPOSIT TETAP MAYBANK
Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang diperolehi emlalui simpanan tetap ini iaitu:
- Kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan akaun simpanan biasa
- Perlindungan daripada turun naik kadar faedah
- Dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit
- Fleksibiliti tempoh perkhidmatan dari 1 hingga 60 bulan
SYARAT KELAYAKAN SIMPANAN DEPOSIT TETAP MAYBANK
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan di tetapkan mengikut jenis simpanan iaitu:
JENIS SIMPANAN | SYARAT KELAYAKAN |
Simpanan Tetap Maybank |
|
Simpanan Tetap-i e-Islamic Maybank |
|
Simpanan Tetap-i Islamic Maybank |
|
Akaun Prosperous Now-i Maybank |
|
Simpanan Tetap-e Maybank |
|
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan semasa ingin membuat permohonan deposit tetap Maybank iaitu:
- Kad Pengenalan (MyKad) yang sah bagi rakyat Malaysia
- Pasport yang sah bagi warga asing (pihak berkuasa mungkin memerlukan dokumen tambahan sesuai dengan tujuan kunjungan/tinggal di Malaysia)
CARA PERMOHONAN SIMPANAN DEPOSIT TETAP MAYBANK
Keapda anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Simpanan Tetap Maybank
- Lawati cawangan Maybank yang berdekatan dengan anda.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Simpanan Deposit tetap Maybank ini, anda boleh melayari pautan Fixed Deposit Account
ARTIKEL LAIN: