BOLEH KE RENOVATE RUMAH MESRA RAKYAT SPNB (RMR)?Apa Bila Boleh Ubahsuai Jika Dah Lulus

BOLEH KE RENOVATE RUMAH MESRA RAKYAT SPNB (RMR)?Apa Bila Boleh Ubahsuai Jika Dah Lulus

RENOVATE RMR SPNB

Adakah anda pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB? Sekiranya ya semestinya terdapat persoalan mengenai boleh atau tidak renovate RMR SPNB tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda jawapan persoalan tersebut, semoga membantu.

 

APA ITU RUMAH MESRA RAKYAT

Program RMR SPNB ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000.

 

TANGGUNGJAWAB PEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT SPNB

Sekiranya anda ingin memohon Rumah Mesra Rakyat, berikut adalah bertanggungjawab anda untuk:

  • Mengisi & melengkapkan borang permohonan yang disediakan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi yang betul
  • Menyediakan sumber bekalan air & elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika anda perlu)

 

CARA SEMAKAN STATUS KELULUSAN RMR SPNB

Berikut adalah merupakan semakan status kelulusan permohonan anda:

  • Mengikut semua prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan pada kewangan tahunan.
  • Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas & syarat.

 

BOLEH KE RENOVATE RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) SPNB?

Boleh. SPNB hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) RUMAH MESRA RAKYAT

Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

  • Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

  • Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:

  • Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
  • Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
  • Tapak cadangan tidak sesuai
  • Geran hakmilik mempunyai masalah / sekatan

 

MAKLUMAT LANJUT

Unruk dapatkan maklumat lanjut mengenari renovate RMR SPNB, anda boleh melayari portal rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment