BOLEH KE RENOVATE PPRT?(Apa Bila Boleh Ubahsuai Jika Dah Lulus)

BOLEH KE RENOVATE PPRT?(Apa Bila Boleh Ubahsuai Jika Dah Lulus)

RENOVATE PPRT

Adakah anda pemilik Rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)? Sekiranya ya semestinya terdapat persoalan mengenai boleh atau tidak renovate rumah PPRT tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda jawapan persoalan tersebut, semoga membantu.

 

APA ITU RUMAH PPRT

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah program di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Bantuan yang ditawarkan adalah bina rumah baru dan baiki rumah sedia ada.

 

JENIS BANTUAN RUMAH PPRT

  • Bina rumah baru
  • Baiki rumah sedia ada.

 

SYARAT KELAYAKAN RUMAH PPRT

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

Syarat Asas

  • Pemohon disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
  • Pemohon diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Pemohon diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Pemohon diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
  • Selain daripada syarat-syarat di atas, keutamaan adalah diberi kepada warga emas, orang Kelainan Upaya (OKU), ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai, dan mangsa bencana yang berskala kecil contohnya kebakaran.

Syarat Kelayakan Bina Rumah Baru PPRT

  • Penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  • Bagi Semenanjung Malaysia, rumah yang diperuntukkan adalah rumah 3 bilik (660 kaki persegi) dengan kadar harga RM56,000.
  • Bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, terdapat dua jenis rumah:
    • Rumah 3 bilik (660 kaki persegi), dengan kadar harga RM68,000
    • Rumah panjang (715 kaki persegi), dengan kadar harga RM68,000
  • Untuk memohon bantuan ini, pemohon haruslah:
    • Tidak mempunyai rumah sedia ada, atau
    • Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami, atau
    • Rumah sedia ada tidak ekonomik untuk dibaiki
    • Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
    • Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada tuan tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

Syarat Kelayakan Baik pulih rumah sedia ada PPRT

  • Melibatkan tiga elemen, iaitu penyelenggaraan, penambahbaikan dan “requisition”.
  • Perlu mendapat kebenaran untuk membaik pulih sekiranya dia berada di atas tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
  • Kadar bantuan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM13,000 untuk Semenanjung Malaysia dan RM15,000 untuk Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

BOLEH KE RENOVATE RUMAH PPRT?

Boleh. Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah hanya akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ubahsuai yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Unruk dapatkan maklumat lanjut mengenari renovate PPRT, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment