LINK MAE TnG(Cara Unlink Topup WithdrawalSetting Check Limit Balance)
Pada masa kini kebanyakkan orang sudah mula menggunakan perkhidmatan eWallet yang lebih memudahkan pelbagai urusan termasuklah transaksi pembelian online tanpa menggunakan wang tunai, salah satunya adalah aplikasi TnG eWallet. Untuk menggunakan perkhidmatan ini seharusnya anda perlu tambah nilai dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara link kan aplikasi TnG eWallet anda degan MAE supaya dapat tambah nilai dengan lebih pantas, semoga membantu.
CARA TOPUP TnG eWALLET GUNA MAE
Kepada anda yang ingin membuat tambah nilai menggunakan aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi Touch n’ Go eWallet dan log masuk akaun anda
- Pada paparan utama klik pada Reload
- Kemudian Copy no akaun TnG eWallet anda pada Bahagian Duit Now Transfer
- Seterusnya buka aplikasi MAE di telefon anda
- Pada paparan Quick Action, pilih pada Transfer
- Anda dikehendaki untuk memasukkan kata laluan Maybank2U anda, dan klik continue
- Pada bahagian seterusnya klik pada bahagian Duit Now
- Seterusnya klik pada bahagian Bank
- Kemudian scroll ke bawah dan pilih Touch n’ Go eWallet
- Masukkan no akaun TnG eWallet anda tadi (paste sahaja no tersebut) dan klik done
- Seterusnya masukkan jumlah yang ingin anda reload dan seterusnya klik butang Continue.
- Pada bahagian reference, masukkan rujukan penerima dan klik Continue
- Kemudian pilih Funds Transfer dan klik Continue
- Paparan pengesahan transaksi akan tertera. Sekiranya betul klik pada Transfer Now
- Seterusnya klik Approve pada pengesahan Secure2U bagi pengesahan transaksi dalam masa 50 saat
- Transfer Successfull, proses reload menggunakan aplikasi MAE ini telah berjaya.
CARA LINK TnG eWALLET DENGAN MAE
Untuk memautkan MAE anda dengan GrabPay Wallet, ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi Touch n’ Go eWallet dan log masuk akaun anda
- Pada paparan utama klik pada profil (berada di penjuru kanan atas)
- Seterusnya klik pada Bank Card
- Kemudian klik pada Add New Credit/Debit Card
- Masukkan segala maklumat yang diperlukan pada kad ATM Maybank anda.
- Semak kembali maklumat anda, jika tepat klik pada Add This Card.
- Selesai, anda kini boleh tambah nilai dengan pantas menggunakan akaun Maybank
CARA UNLINK TnG eWALLET DENGAN MAE
Untuk nyahpau MAE anda dengan TnG eWallet, ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi Touch n’ Go eWallet dan log masuk akaun anda
- Pada paparan utama klik pada profil (berada di penjuru kanan atas)
- Seterusnya klik pada Bank Card
- Kemudian klik Remove pada Card Maybank anda.
- Selesai, anda telah berjaya unlink dengan akaun Maybank anda
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara link TnG eWallet dengan MAE, sila layari portal rasmi Maybank
ARTIKEL LAIN: