UNDANG-UNDANG ANTI-ALI BABA(Senarai Akta Boleh Kena Dakwa Hukuman Denda)

UNDANG-UNDANG ANTI-ALI BABA(Senarai Akta Boleh Kena Dakwa Hukuman Denda)

UNDANG-UNDANG ANTI-ALI BABA

Terkini Kerajaan akan memperkenal undang-undang anti-Ali Baba dalam usaha menghapuskan amalan berkenaan dalam sektor ekonomi di negara ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai amalan ini, semoga membantu

 

APA ITU AMALAN ALI BABA

Ali Baba ialah satu sistem cara perusahaan yang memakai nama Melayu (Ali) atau kelihatan saja dimiliki atau diuruskan oleh orang Melayu tetapi sebenarnya kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina (Baba) atau bangsa asing yang lain. Pihak yang mendapat keuntungan ialah orang asing melalui cara Ali Baba.

 

TUJUAN UNDANG-UNDANG ANTI-ALI BABA

Ppengenalan undang-undang itu perlu dibuat bagi memastikan usaha menghapuskan amalan Ali Baba tidak dibuat secara cakap kosong, sebaliknya menerusi akta khusus bagi membanteras amalan ini dalam kalangan usahawan. Amalan ini perlu dihentikan kerana ia menjadi punca kepada rasuah dan ketirisan, sekali gus menjadi antara kelompongan utama ekonomi negara.

 

KENAPA PERLU ATASI AMALAN ALI BABA

Ali Baba sekarang berlaku kerana peniaga tidak jujur cuba beat the system (mengatasi sistem). Kelulusan diberikan memang pada perniagaan orang Melayu, tetapi orang Melayu itu hanya proksi, atau namanya digunakan tanpa disedari oleh peniaga bangsa lain.

Mengikut konsep lama Ali Baba, penerima kontrak yang menyerahkannya kepada subkontraktor memiliki kuasa menawarkan kadar sewaan, biasanya antara lima hingga 20 peratus mengikut nilai kontrak. Namun, trend baharu sekarang bererti hampir tiada kadar sewa lesen kerana kontrak itu terus dimiliki pemilik asal perniagaan, manakala proksi hanya diberi komisen atau dibayar gaji jika proksi itu adalah pekerjanya.

 

SENARAI AKTA UNDANG-UNDANG ANTI-ALI BABA

Pada masa kini Kementerian Ekonomi sedang mengkaji beberapa komponen untuk menggubal undang-undang khusus baru yang mampu mematahkan elemen rent-seeking atau konsep Ali Babba dalam struktur perniagaan dan ekonomi negara

 

JENIS HUKUMAN DAN DENDA UNDANG-UNDANG ANTI-ALI BABA

Kementerian Ekonomi bakal memperkenalkan satu undang-undang khusus bagi membanteras amalan ‘aali baba’ dalam kalangan usahawan. Mengenai hukuman dan denda akan dikemaskini kemudian.

 

KESAN AMALAN ALI BABA TERHADAP PENIAGA BUMIPUTERA

Budaya baharu Ali Baba sudah mewujudkan stigma terhadap peniaga Melayu dan Bumiputera yang benar-benar jujur dan ikhlas menjalankan perniagaan. Pasti ada soalan yang bertanyakan siapa di belakang peniaga Melayu atau Bumiputera itu. Ia mewujudkan krisis kepercayaan peniaga Melayu dan Bumiputera.

 

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “UNDANG-UNDANG ANTI-ALI BABA(Senarai Akta Boleh Kena Dakwa Hukuman Denda)”

Leave a Comment