LINK MAE SHOPEE(Cara Unlink Topup Setting Check Limit Balance)
Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Pernahkah anda dengar platform Shopee? Sudah tentunya platform shopee ini tengah hangat di Malaysia terkini. Dalam aplikasi shopee terdapat wallet Shopee Pay untuk memudahkan urusan pembayaran dalam shopee. Untuk menggunakan perkhidmatan ini seharusnya anda perlu tambah nilai dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara link kan aplikasi Shopee anda degan MAE supaya dapat tambah nilai dengan lebih pantas, semoga membantu.
MUAT TURUN APLIKASI SHOPEE
Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh istall aplikasi Shopee. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi
- Google Play Store bagi pengguna android
- Apple Store bagi penggunan IOS
CARA LINK SHOPEE DENGAN MAE
Untuk memautkan MAE anda dengan aplikasi Shopee, ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi Shopee pada telefon anda
- Pada paparan menu utama klik pada ‘Me’
- Seterusnya klik pada ShopeePay, kemudian ketik ‘Top Up’
- Klik pada ‘Payment’ dan pilih ‘Maybank2u’ > Link Bank Account Now’. Anda akan dialihkan ke pautan maybank2u.com.my melalui pelayar dalam apl
- Log masuk ke akaun Maybank2u anda seperti biasa
- Pilih akaun Maybank yang anda inginkan untuk dipautkan dengan ShopeePay. Kemudian, pilih berapa lama anda mahu memautkan Dompet ke akaun anda dan tetapkan had transaksi harian anda (sehingga RM250)
- Semak tetapan anda dan kilik ‘Set it up’
- Sahkan pautan dengan SMS TAC
- Setelah akaun anda dipautkan, anda akan dialihkan semula ke Apl Shopee anda (Ketik ‘Return’ jika ia tidak berlaku secara automatik)
- Anda telah berjaya memautkan ShopeePay anda ke akaun MAE anda! Klik ‘OK’ untuk melengkapkan.
CARA UNLINK SHOPEE DENGAN MAE
Untuk nyahaktifkan MAE anda dengan aplikasi Shopee, ikuti langkah berikut:
Laman Web Maybank
- Log masuk ke Maybank2u.com.my
- Ketik pada Tetapan.
- Ketik pada Bayar & Pindahan
- Ketik pada Akaun Terpaut
- Ketik Alih keluar dan anda selesai
Aplikasi Shopee
- Lancarkan Apl Shopee
- Ketik pada Me
- Ketik pada ikon Tetapan di penjuru kanan sebelah atas.
- Ketik pada Akaun Bank / Kad
- Ketik pada akaun Maybank2u yang dipautkan
- Ketik pada Unlink di bahagian bawah
- Log masuk ke Maybank2u dan masukkan TAC dan anda sudah selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan amklumat lajut mengenai cara link akaun Shopee dengan MAE, anda boleh melayari potal rasmi Maybank.
ARTIKEL LAIN: