LINK MAE GRAB(Cara Unlink Topup Setting Check Limit Balance)

LINK MAE GRAB(Cara Unlink Topup Setting Check Limit Balance)

LINK MAE GRAB

Pada masa kini kebanyakkan orang sudah mula menggunakan perkhidmatan di dalam talian (online) yang lebih memudahkan pelbagai urusan termasuklah transaksi pembelian online tanpa menggunakan wang tunai, salah satunya adalah aplikasi Grab. Untuk menggunakan perkhidmatan ini seharusnya anda perlu tambah nilai dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara linkkan aplikasi Grab anda degan MAE supaya dapat tambah nilai dengan lebih pantas, semoga membantu.

 

APA ITU GRAB

Grab, merupakan salah satu syarikat perkhidmatan yang menyokong penggunaan e-wallet dan syarikat ini sangat inovatif dalam melengkapkan penggunaan e-wallet digital di dalam kehidupan seharian pengguna.

Hal ini kerana Grab telah menaiktaraf serta mengemaskini ciri – ciri GrabPay yang boleh menghubungkan penggunaan kad kredit serta kad debit pada aplikasi Grab serta turut memperkenalkan ciri – ciri baru yang sangat efektif bagi transaksi harian.

 

MUAT TURUN APLIKASI GRAB

Anda seharusnya memuat turun aplikasi Grab terlebih dahulu, berikut adalah pautan aplikasi

 

CARA LINK GRAB DENGAN MAE

Untuk memautkan MAE anda dengan GrabPay Wallet, ikuti langkah berikut:

  1. Buka apliaksi Grab dan klik pada Wallet GrabPay anda
  2. Seterusnya klik pada ‘Top Up’
  3. Kemudian klik pada Linked bank account’ dan pilih ‘Maybank2u’. Anda akan dialihkan ke pautan maybank2u.com.my melalui pelayar dalam apl
  4. Log masuk ke akaun Maybank2u anda seperti biasa
  5. Pilih akaun bank Maybank atau akaun MAE pilihan anda untuk dipautkan dengan Grab dan tetapkan berapa lama anda mahu tetapan ini bertahan. Kemudian, masukkan had transaksi harian sehingga RM1,000
  6. Semak tetapan anda dan ketik ‘Minta TAC’. Masukkan TAC 6 digit yang dihantar ke nombor mudah alih anda
  7. Setelah akaun anda dipautkan, anda akan dialihkan semula ke apl Grab. Selesai

 

CARA BUAT AUTO TAMBAH NILAI GRAB

Untuk menyediakan tambah nilai automatik Grab anda, ikut langkah berikut:

  1. Buka apliaksi Grab dan klik pada Wallet GrabPay anda
  2. Ketik pada ‘Manage auto top-up’
  3. Tetapkan peraturan tentang masa Tambah Nilai Auto anda akan diaktifkan. Jika anda telah menyediakan tambah nilai automatik sebelum ini, ketik ‘Edit’ untuk menukarnya
  4. Di bawah ‘Top up with’, pilih akaun Maybank2u terpaut anda
  5. Klik ‘Simpan’ dan pastikan togol pada ‘Aktifkan Tambah Nilai Auto’ dihidupkan

 

CARA UNLINK GRAB DENGAN MAE

Untuk nyahaktifkan MAE anda dengan aplikasi Grab, ikuti langkah berikut:

  • Log masuk ke Maybank2u.com.my
  • Ketik pada Tetapan.
  • Ketik pada Bayar & Pindahan
  • Ketik pada Linked Accounts
  • Ketik Remove dan anda selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan amklumat lajut mengenai cara link akaun grab dengan MAE, anda boleh melayari potal rasmi GRAB.

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment