SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023(Tema Lokasi Acara Sambutan Shuttle Bus Tempat Parking Awam)

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023(Tema Lokasi Acara Sambutan Shuttle Bus Tempat Parking Awam)

SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Hari Malaysia merupakan hari yang disambut untuk memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia antara Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak yang berlaku pada 16 September 1963. Disini kami akan kongsikan kepada anda butiran tarikh, lokasi dan masa sambutan Hari Malaysia bagi tahun 2023, semoga membantu.

 

SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada 31 Ogos 1957 Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British. Hari Kemerdekaan Malaysia juga dikenali sebagai Hari Merdeka. Perdana Menteri pertama melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali dan upacara diteruskan dengan pengibaran Bendera Negara Malaya dan lagu kebangsaan ‘Negaraku’.

Selepas Hari Merdeka, terdapat beberapa perjanjian dan perbincangan antara pemimpin negara. Bagi mengukuhkan kedudukan persekutuan Tanah Melayu menentang anasir luar, Tunku Abdul Rahman mencadangkan penggabungan tiga (3) negara jiran: Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Singapura. Kemuncak rundingan itu ialah gabungan empat (4) wilayah ini untuk membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia pada 16 September 1963.

 

TARIKH SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun. Pada tahun 2023 Hari Malaysia jatuh pada hari Sabtu.

 

TEMA HARI MALAYSIA 2023

Berikut adalah merupakan tema pada tahun ini iaitu:

  • “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”

Namun, terdapat tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu “Segulai Sejalai”, yang membawa maksud “berjalan seringan”, yang turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.

 

AKTIVITI MENARIK SAMBUTAN HARI MALAYSIA 

Berikut adalah merupakan aktiviti menarik yang ada pada sambutan kali ini iaitu:

  • Upacara menandatangani Buku Khas
  • Perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang
  • Konsert

 

LOKASI DAN TARIKH SAMBUTAN HARI MALAYSIA 

Sarawak sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah bagi sembutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 16 September ini. Sambutan ini akan diadakan pada di lokasi dan masa seperti berikut:

  • Tarikh: 16 September 2023 (Sabtu)
  • Lokais: bertempat di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak
  • Masa: pada jam 7.00 malam

 

SIARAN LANGSUNG SAMBUTAN HARI MALAYSIA 

Siaran langsung bagi sambutan itu akan dilaksanakan oleh RTM dan akan disambung siar oleh semua stesen televisyen penyiar utama iaitu TV3, Astro AWANI, TV AlHijrah, BERNAMA TV, TV Sarawak (TVS) dan SUKE TV

 

CARA HADIR SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023

Bagi memudahkan urusan anda untuk menghadiri sambuatn ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan shuttle bus (jika disediakan) atau bagi yang menaikki kenderaan sendiri boleh parking di tempat letak kereta awam yang disediakan.

Pastikan anda datang awal, bawa keluarga dan nikmati persembahan, perarakan dan perbarisan sempena Sembutan Hari Malaysia 2023.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment