CONTOH SIJIL CARIAN RASMI PEJABAT TANAH SELANGOR(Berapa Bayaran Carian Persendirian)

CONTOH SIJIL CARIAN RASMI PEJABAT TANAH SELANGOR(Berapa Bayaran Carian Persendirian)

CARIAN TANAH SELANGOR

Kepada anda yang ingin membuat semakan pemilik tanah atau rumah bagi tujuan tertentu seperti membeli atau menyewa, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Untuk makluman anda terdapat beberapa urusan yang perlu anda ketahui untuk membuat penyemakan carian pemilikan ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara carian tanah di Selangor, semoga membantu.

 

APA ITU CARIAN TANAH SELANGOR

Carian tanah atau semak hak milik tanah merupakan semakan status tentang hak pemilikan seseorang individu tersebut. Biasanya carian ini dilakukan bagi mendapatkan sebarang maklumat yang paling terkini berkenaan pemilik, sebarang urusan yang didaftarkan atau sebarang halangan dan sekatan jika ada.

 

JENIS CARIAN PEMILIK TANAH

Berikut adalah merupakan jenis carian yang dapat dilakukan iaitu:

1Carian RasmiCarian rasmi memerlukan permohonan secara bertulis kepada Pendaftar Hakmilik / Pentadbir Tanah yang berkenaan danĀ  perlu menjelaskan sejumlah bayaran. Apabila carian rasmi dilakukan, dokumen anda akan mempunyai cop dan tandatangan Pendaftar Hakmilik / Pentadbir Tanah.
2Carian PersendirianCarian persendirian dilakukanĀ  untuk mendapatkan maklumat untuk kegunaan sendiri sahaja. Malah, tiada sebarang cop dan tandatangan Pendaftar Hakmilik / Pentadbir Tanah pada dokumen bagi carian persendirian ini.

 

TUJUAN CARIAN TANAH SELANGOR

Berikut adalah merupakan antara beberapa tujuan bagi melaksanan carian pemilikan ini iaitu:

  • Mengetahui status serta maklumat terkini tanah
  • Mengetahui jika terdapat sebarang sekatan atau kaveat pada tanah tersebut
  • Mengetahui status tanah yang dibeli
  • Menyimpan dokumen carian rasmi bagi yang tidak mempunyai geran tanah
  • Bagi menguruskan urusan pembahagian harta pusaka

 

KOS DIKENAKAN CARIAN TANAH SELANGOR

Berikut adalah merupakn kos asas yang dikenakan iaitu:. Disini kami kongsikan kepada anda kos umum yang akan dikenakan iaitu:

  • Carian persendirian tanah: RM 30
  • Carian rasmi tanah: RM 50

 

CARA PERMOHONAN CARIAN TANAH SELANGOR

Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan seperti berikut:

  1. Sediakan maklumat yang diperlukan
    • Hakmilik / Geran
    • Nama Mukim
    • Seksyen (Jika Ada)
    • Daerah
  2. Maklumat yang lengkap ini diperlukan bagi memudahkan urusan carian tanah ini
  3. Anda juga perlu membayar sejumlah bayaran dan kadar yang akan dikenakan bergantung kepada Pejabat Tanah masing-masing.

 

TEMPOH CARIAN TANAH SELANGOR

Bagi setiap jenis carian tanah, setiap pejabat tanah akan mempunyai masa penyelesaian yang berbeza bergantung kepada kelancaran proses sewaktu di Pejabat Tanah Daerah. Sekiranya anda tidak mempunyai maklumat yang lengkap untuk disediakan, ia mungkin memakan masa yang lama.

  • Bagi carian persendirian yang mempunyai maklumat lengkap boleh diselesaikan dalam masa hanya satu hari atau dilakukan di rumah sahaja bagi kawasan yang menawarkan perkhidmatan online atau dalam talian.
  • Bagi carian rasmi yang memerlukan cop dan tandatangan, ia akan mengambil sedikit masa dan biasanya dalam masa 7 hari bekerja.

 

CONTOH MAKLUMAT PADA SIJIL CARIAN TANAH SELANGOR

Berikut adalah merupakan antara maklumat yang anda akan memperolehi iaitu:

  • Butiran Pemilik
  • Jenis Hakmilik
  • Nombor Hakmilik
  • Saiz dan Lokasi
  • Tujuan Tanah
  • Status Tanah
  • Penyewaan Tanah (untuk pegangan pajakan sahaja)
  • Sekatan Kepentingan
  • Bebanan
  • Butiran Hakmilik Sebelumnya

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CONTOH SIJIL CARIAN RASMI PEJABAT TANAH SELANGOR(Berapa Bayaran Carian Persendirian)”

Leave a Comment