KEMBARA KENALI BORNEO 2023(Jadual Laluan Tarikh Lokasi)

KEMBARA KENALI BORNEO 2023(Jadual Laluan Tarikh Lokasi)

KEMBARA KENALI BORNEO

Pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadualkan akan ke Negeri di Bawah Bayu itu bersempena dengan jelajah Kembara Kenali Borneo 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai jadual, laluan dan lokasi program kembara ini, semoga membantu.

 

APA ITU KEMBARA KENALI BORNEO

Pogram Kembara Kenalii Borneo ialah sebuah konvoi yang dianjurkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui Malaysia Timur pada 3 hingga 13 September 2023.

Sebagai acara sempena Hari Malaysia pada 16 September, kembara ini meliputi kedua-dua negeri Malaysia Timur, bermula dari Sabah dan kemudiannya Sarawak, dan termasuk negara jiran, Brunei, menyelusuri Lebuhraya Pan Borneo.

 

TEMA PROGRAM KEMBARA KENALI BORNEO

Program ini bertemakan “Journey of Culture and Nature”. Ia membuka peluang kepada kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak, khususnya kerajaan negeri bagi memaparkan keunikan budaya dan etnik dengan lebih dekat kepada Seri Paduka berdua.

 

TARIKH PROGRAM KEMBARA KENALI BORNEO

Program ini akan bermula  dari Tawau, Sabah pada 3 September 2023 dan berakhir di Teluk Melano, Sarawak pada 13 September 2023.

 

AKTIVITI MENARIK 

Terdapat pelbagai program akan dijalankan sepanjang kembara ini berlangsung. Ia menghimpunkan penduduk setempat untuk beramah mesra dengan baginda melalui program-program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri di setiap lokasi persinggahan.

Antara programnya adalah aktiviti bersama rakyat, pameran dan demonstrasi kraf tangan, aktiviti kebudayaan dan aktiviti memasak.

 

PETA LALUAN KEMBARA KENALI BORNEO

Gambar di bawah merupakan peta laluan bagi program kembara ini:

 

LOKASI DILAWATI KEMBARA KENALI BORNEO

Berikut adalah merupakan lokasi yang akan dilawatai semasa program kembara ini iaitu:

  • Sabah
    • Lokasi yang bakal dilawati di Sabah akan melibatkan beberapa daerah seperti Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau (Kundasang), Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang.
  • Sarawak
    • Lokasi yang akan dilawati di Sarawak termasuk Tebingan Lawas, Miri Handicraft Centre, Coco Cabana Miri, Kampung Pangkalan Lutong, Pantai Bungai Bekenu, Kampung Penan Muslim Batu 10, Rumah Panjang Raymond Plen, Sungai Gelam, Sebauh, Tokong Yu Lung Tian En Si Sibu, Kampung Bandung Sibu, Pasar Central Sibu, Masjid Bahagian Sri Aman, Fort Alice Sri Aman dan Zero KM Lebuh Raya Pan Borneo, Telok Melano.

 

JADUAL KEMBARA KENALI BORNEO

Berikut adalah merupakan jadual lengkap perjalanan program kembara ini iaitu::

  • 3 September – Memulakan Jelajah Kembara Kenalii Borneo
  • 7 September
    • Tiba di Sarawak dari Sabah melalui jalan darat di pintu masuk ICQ Merapok Lawas dan rombongan akan terus ke Bandar Lawas menuju ke Tebingan Lawas sebelum meneruskan perjalanan ke Negara Brunei Darussalam.
    • Berada di Brunei selama 3 hari sehingga 9 September.
  • 9 September – Meneruskan Kembara Kenalii Borneo di Sarawak.
  • 13 September – Kembara akan berakhir di Zero KM Telok Melano.

 

MAKLUMAT LANJUT

Leave a Comment