CARA DAFTAR RIZE MALAYSIA MY (Buka Akaun Al Rajhi Digital Bank)
Terkini Al Rajhi Bank Malaysia (ARBM) melancarkan bank digitalnya yang pertama dikenali sebagai Rize di mana pelbagai perkhidmatan sudah tersedia dan lebih banyak lagi akan dilancarkan secara progresif. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar dan buka akaun, semoga membantu.
APA ITU RIZE AL RAJHI DIGITAL BANK
Pada 17 Februari 2023 lalu, Rize secara rasmi telah dilancarkan sebagai sebuah bank digital yang dikuasakan oleh Bank Al-Rajhi Malaysia. Aplikasi Rize adalah bank digital yang membantu rakyat Malaysia mendapatkan akses kepada pengalaman perbankan yang dibayangkan semula dengan teknologi terbaik. Semua keperluan perbankan Rize akan tersedia dalam aplikasi telefon pintar tanpa perlu pergi ke cawangan bank fizikal lagi.
PERKHIDMATAN RIZE AL RAJHI
Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui aplikasi ini iaitu:
- Deposit
- Pengeluaran dan pemindahan wang
- Pengurusan akaun dan pengurusan kewangan peribadi
- Permohonan kad debit
- Pembelian dan penyelenggaraan
- Perkhidmatan ATM dan ePenyata
- Pembiayaan peribadi.
MUAT TURUN APLIKASI RIZE AL RAJHI
Bagi memudahkan urusan anda menggunakan aplikasi ini, seharusnya anda memuat-turun secara pecuma terlebih dahulu menerusi pautan di bawah:
- Play Store bagi pengguna Android
- Apple Store bagi pengguna IOS
CARA DAFTAR DAN BUKA AKAUN GUNA RIZE AL RAJHI
Sekiranya anda ingin membuka akaun menerusi aplikasi ini, beikut adalah merupakan caranya:
- Buka aplikasi Rize di telefon anda
- Pada paparan utama Klik pada ‘Sign up now’
- Semak dan baca syarat yang dipaparkan, tanda pada kotak tersedia dan klik ‘Confirm’
- Baca syarat kelayakan seterusnya, tanda pada kotak tersedia dan klik pada Yes i’m Eligable
- Masukkan nama pendek yang diingini dan klik Confirm
- Masukkan nombor telefon dan klik Confirm. Anda akan menerima kata laluan melalui SMS, masukkan kata laluan tersebut pada ruangan tersedia dan klik ‘Next’
- Paparan push noificaion akan terter, klik ‘Let’s continue’ untuk meneruskan proses
- Sahkan identiti anda dengan mengambil gambar bahagian depan dan belakang MyKad. Kemudian anda akan dikehendaki untuk mengambil ‘selfie’ menggunakan kamera dalam aplikasi. Teruskan dan klik Let’s continue’
- Isi maklumat pekerjaan anda dan klik Confirm
- Jawab soalan yang dipaparkan, kemudian klik ‘Confirm’
- Semak maklumat yang telah diisi tadi, kemudian klik ‘Submit’
- Seterusnya Klik ‘Create my account’ untuk membuka akaun anda
- Masukkan password yang diingini
- Selesai, akaun anda telah siap dibuka. Anda dikehendaki untuk masukkan minimum RM20 bagi mendapatkan akses penuh kepada bank digital Rize
CARA DAPATKAN KAD BANK RIZE
Sekiranya anda ingin mendapatkan kad bank Rize fizikal, berikut adalah merupakan caranya:
- Selepas anda membuka akaun, pastikan anda kena menunggu dalam tempoh 3-7 hari sebelum boleh mohon kad fizikal.
- Bila akaun dah sedia, boleh log masuk ke dalam aplikasi Rize, dan klik ‘Order’
- Paparan akan menunjukkan Your Rize Account Is Ready, anda boleh terus klik ‘Order card’
- Sahkan alamat penghantaran kad kemudian klik ‘Confirm address’
- Selesai, anda perlu tunggu sahaja kad sampai ke alamat rumah anda
MAKLUMAT LANJUT
Unruk dapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi Rize, anda boleh melayari portal rasmi Al Rajhi Bank
ARTIKEL LAIN: