SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA & AMBANG MERDEKA 2023(Lokasi Acara Shuttle Bus Tempat Parking Awam)

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA & AMBANG MERDEKA 2023(Lokasi Acara Shuttle Bus Tempat Parking Awam)

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Semestinya setiap tanggal 31 Ogos bagi setiap tahun menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Tarikh tersebut menjadi satu kebanggaan buat semua rakyat. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu untuk sambutan hari kebangsaan Malaysia dan Ambang Merdeka 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda butiran tarikh, lokasi dan masa bagi kedua-dua sambutan ini, semoga membantu.

 

Tema Hari Kebangsaan 2023

Berikut adalah merupakan tema pada tahun wowe iaitu:

  • “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”

Dengan harapan agar semua rakyat Malaysia semarakkan rasa cinta negara dengan turut serta dalam program yang telah disusun atur sepanjang bulan kebangsaan tahun ini.

 

Tarikh Dan Lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2023

Sambutan Ambang Merdeka bagi tahun 2023 akan diadakan di 9 Negeri pada masa yang sama iaitu:

  • Tarikh : 30 OGOS 2023 (RABU)
  • Masa : 8.00 malam -12.00 malam
  • Lokasi:
    • Dataran Merdeka, WP Kuala Lumpur
    • Dataran Pehin Setia Raja, Mukah, Sarawak
    • Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka
    • Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor
    • Dataran Drawbridge Kuala Terengganu, Terengganu
    • Dataran IKS, Simpang Renggang, Kluang, Johor
    • Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan
    • Jalan Persiaran Wawasan & Dataran kompleks Dun, Perlis
    • Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Perak

 

Lokasi Dan Tarikh Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Sambutan Hari Merdeka akan diadakan pada di lokasi dan masa seperti berikut:

  • Tarikh: 31 Ogos 2023 (Khamis)
  • Lokais: bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Masa: pada jam 7.00 pagi.

 

Aktiviti Menarik Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Berikut adalah merupakan aktiviti menarik yang ada pada sambutan kali ini iaitu:

  • Aksi Payung Terjun 69 KOMANDO PDRM VAT69.amb
  • 36 Kumpulan Pancaragam akan mengiringi Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023

 

Cara Hadir Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Bagi memudahkan urusan anda untuk menghadiri sambuatn ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan shuttle bus atau bagi yang menaikki kenderaan sendiri dikongsikan lokasi tempat letak kereta awam seperti berikut:

Jadual perkhidmatan Shuttle Bus
Lokasi dan jumlah tempat letak kereta awam

Datang awal, bawa keluarga dan nikmati persembahan, perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

 

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara sambuatn hari kebangsaan ini, anda boleh melayari portal Merdeka 360

Artikel Lain:

Leave a Comment