CARA BAYAR MPKj CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)

CARA BAYAR MPKj CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)

MPKj CUKAI TAKSIRAN

Untuk makluman kepada warga penduduk negeri Selangor terutamanya di kawasan Majlis Perbandaran Kajang, anda kini boleh membayar dan membuat semakan dan membayar cukai taksiran secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar cukai taksiran MPKj, semoga membantu.,

 

APA ITU CUKAI TAKSIRAN

Cukai pintu/taksiran merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan cukai pintu ini bagi membiayai kos penyelengaraan bandar seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya.

 

KENAPA PERLU BAYAR CUKAI TAKSIRAN

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran. Sekiranya gagal menjelaskan cukai pintu, harta anda boleh DISITA mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

KADAR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN

Kadar cukai pintu ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih berbanding di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai pintu adalah dalam lingkungan 9 peratus hingga 10 peratus daripada nilai harta.

 

TEMPOH BAYARAN CUKAI TAKSIRAN

Untuk makluman, cukai pintu perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu pada :

  • 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun
  • 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

 

CARA SEMAK NO AKAUN CUKAI TAKSIRAN MPKj

  • Anda boleh menyemak pada resit atau bil pembayaran yang lalu atau menghubungi PBT berkaitan untuk mendapatkan nombor akaun tersebut.

 

CARA SEMAK CUKAI TAKSIRAN MPKj

  • Semakan secara online menerusi pautan Semakan Taksiran MPKj
  • No. MyKad pada ruangan tersedia dan klik Cari atau Bagi Semakan dan Cetakan Bil, sila klik butang Cetak dan Muat turun Bil Taksiran

 

CARA BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MPKj

Untuk membuat bayaran cukai pintu secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan e-Bayaran MPKj
  2. Klik pada Kad Kredit “VISA” atau “MASTERCARD”
  3. Seterusnya pada bahagian Bayaran Cukai, Klik pada butang Semak Cukai untuk membuat semakan cukai taksiran anda.
  4. Masukkan No. Akaun Taksiran ATAU No. MyKad anda untuk membuat carian Cukai Taksiran dan Klik Cari.
  5. Skrin Maklumat Cukai Taksiran akan dipaparkan.
  6. Klik Kekotak Bayar? dan Jumlah Keseluruhan cukai yang dikenakan akan dipaparkan.
  7. Sekiranya pengguna memilih untuk membuat pembayaran, klik butang Bayar.
  8. Klik ikon Kad Kredit untuk meneruskan proses pembayaran
  9. Skrin jenis kad kredit untuk pembayaran akan dipaparkan. Pilih dan klik jenis kad kredit untuk meneruskan proses pembayaran.
  10. Isikan maklumat kad kredit dan Klik butang Pay dan keputusan transaksi pembayaran akan dipaparkan. Selesai

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CUKAI TAKSIRAN MPKj

Bolehkah saya melaksanakan semakan bil atau akaun menggunakan nombor kad pengenalan?

  • Semakan hanya boleh dilaksanakan melalui nombor akaun sahaja bertujuan melindungi data daripada diakses oleh individu atau pihak yang tidak berkaitan bagi menjamin perlindungan kerahsiaan data yang lebih baik di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bolehkah saya melaksanakan pembayaran bil bagi individu atau pihak lain?

  • Boleh, dengan syarat anda mempunyai maklumat nombor akaun dan nama PBT berkaitan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai semakan cukai Taksiran MPKJ, anda boleh layari portal rasmi Majlis Perbandaran Kajang

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment