CARA BAYAR MBSA CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)

CARA BAYAR MBSA CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)

MBSA CUKAI TAKSIRAN

Untuk makluman kepada warga penduduk negeri Selangor terutamanya di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam, anda kini boleh membayar dan membuat semakan dan membayar cukai taksiran secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar cukai taksiran MBSA, semoga membantu.,

 

APA ITU CUKAI TAKSIRAN

Cukai pintu/taksiran merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan cukai pintu ini bagi membiayai kos penyelengaraan bandar seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya.

 

KENAPA PERLU BAYAR CUKAI TAKSIRAN

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.

Sekiranya gagal menjelaskan cukai pintu, harta anda boleh DISITA mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

KADAR BAYARAN CUKAI TAKSIRAN

Kadar cukai pintu ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih berbanding di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai pintu adalah dalam lingkungan 9 peratus hingga 10 peratus daripada nilai harta.

 

TEMPOH BAYARAN CUKAI TAKSIRAN

Untuk makluman, cukai pintu perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu pada :

  • 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun
  • 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

 

CARA SEMAK NO AKAUN CUKAI TAKSIRAN MBSA

  • Anda boleh menyemak pada resit atau bil pembayaran yang lalu atau menghubungi PBT berkaitan untuk mendapatkan nombor akaun tersebut.

 

CARA BAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBSA

Untuk membuat bayaran cukai pintu secara online, berikut adalah merupakan caranya:

Guna PBTPay

  1. Layari pautan PBTPay
  2. Sebagai pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Sekiranya anda sudah ada akaun, log masuk seperti biasa.
  3. Masukkan nombor akaun dan pilih PBT yang berkaitan. Kemudian, klik butang semak.
  4. Paparan bil cukai anda akan tertera. Sila pastikan maklumat adalah betul dan tepat.
  5. Teruskan proses pembayaran anda melalui FPX (Financial Process Exchange).
  6. Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit sebagai bukti pembayaran.

Guna MY MBSA

  1. Layari pautan MY MBSA
  2. Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu seharusnya daftar terlebih dahulu
  3. Kemudian anda boleh menyemak dan membuat pembayaran cukai taksiran anda

Guna JomPay

  • Biller Code: 7567
  • Ref 1: No Akaun Cukai
  • Ref 2: No Telefon

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CUKAI TAKSIRAN MBSA

Bolehkah saya melaksanakan semakan bil atau akaun menggunakan nombor kad pengenalan?

  • Semakan hanya boleh dilaksanakan melalui nombor akaun sahaja bertujuan melindungi data daripada diakses oleh individu atau pihak yang tidak berkaitan bagi menjamin perlindungan kerahsiaan data yang lebih baik di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bolehkah saya melaksanakan pembayaran bil bagi individu atau pihak lain?

  • Boleh, dengan syarat anda mempunyai maklumat nombor akaun dan nama PBT berkaitan.

Saya terlupa kata laluan PBTPay. Bagaimana untuk menetapkan semula kata laluan tersebut?

  • Pada halaman daftar masuk, klik butang Lupa Kata Laluan.
  • Kemudian anda akan dibawa ke halaman Mohon Kata Laluan Baru dan masukkan Nombor MyKad. Seterusnya tekan butang ‘Hantar’.
  • Nombor Pin akan diterima melalui SMS dan e-mel berdaftar bagi membolehkan pengguna menukar kata laluan yang baharu.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai semakan cukai Taksiran MBSA, anda boleh layari portal rasmi My Selangor

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA BAYAR MBSA CUKAI TAKSIRAN(Semak Penyata Tunggakan)”

Leave a Comment