SENARAI AKTIVITI MENARIK BEST GAMUDA COVE(Review Waterpark Theme Park)

SENARAI AKTIVITI MENARIK BEST GAMUDA COVE(Review Waterpark Theme Park)

REVIEW AKTIVITI GAMUDA COVE

Kepada anda yang merancang untuk beriadah bersama keluarga, semestinya anda boleh lawati Gamuda Cove. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai review tentang aktiviti menarik dan best di Gamuda Cove, semoga membantu.

 

APA ITU GAMUDA GOVE

Splashmania Gamuda Cove, ‘Waterpark’ terbesar di Asia kini dibuka Taman tema air atau ‘waterpark’ SplashMania seluas 16 ekar (6.47 hektar), yang dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove sudah dibuka kepada orang ramai yang menawarkan 39 tarikan termasuk 24 gelongsor air.

 

LOKASI GAMUDA GOVE

Lokasi taman tema ini terletak di Bandar Gamuda Cove, Dengkil, Selangor

 

WAKTU OPERASI GAMUDA GOVE

Taman tema ini beroperasi setiap hari kecuali Selasa, (tidak termasuk cuti umum dan cuti sekolah) bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

 

SENARAI AKTIVITI MENARIK GAMUDA GOVE

Berikut adalah merupakan antara review aktiviti menarik yang terdapat di Gamuda Gove iaitu:

AKTIVITIREVIEW
Goosebump Rope CourseIa terbahagi dua untuk dewasa dan kanak-kanak. Antara cabaran yang perlu ditempuhi seperti giant swing, abseiling dan pelbagai lagi cabaran menarik.
Paya Indah Discovery WetlandsLokasi di sini sangat luas dan merupakan habitat kepada lebih dari 225 spesies burung. Anda boleh sertai aktiviti Safari Insta-Tour selama 45 minit untuk melawat 3 lokasi yang cantik.
SplashmaniaBersama tagline “Keseronokan Dikelilingi Alam Semula Jadi”, dalam ni ada 39 tarikan menarik yang wajib dicuba! Tumpuan utama di sini ialah Treasure Tower. Terdapat 8 gelongsor yang berbeza dalam 1 menara. Anak-anak anda mesti akan berseronok dan suka punya
Gamuda GardensGabungan gaya hidup dan alam semula jadi yang indah menjadikannya salah satu lokasi spot OOTD yang cantik.
MotoManiac ATV & Dirt BikeGamuda Cove juga menawarkan aktiviti ATV dengan trek tersendiri. Satu kenderaan boleh dinaiki oleh dua orang. Untuk yang tidak gemar aktiviti lasak, anda juga boleh memilih untuk berbasikal atau menaiki skooter di sana.
Gamuda Cove Presents: The Ultimate Outback AdventureBanyak aktiviti menarik disediakan khas buat si kecil. Antaranya anda boleh menaiki trem untuk menjelajah sekitar kawasan Gamuda Cove, menunggang kuda, berkayak atau mendayung bot dan terdapat juga beberapa bengkel kreatif seperti bengkel lukisan pen 3D dan mewarna AR yang seronok untuk diterokai si kecil! Yang menariknya kesemua aktiviti ini adalah PERCUMA! Senarai aktiviti yang ditawarkan:

  • Urban Farm Tour & Planting Workshop
  • Fun Tram Ride
  • Horse Joy Ride
  • Kayaking & Paddle Boat
  • Workshop (DIY animal key chain, AR colouring, 3D pen drawing, face painting)

 

HARGA TIKET GAMUDA GOVE

Berikut adalah merupakan kadar harga tiket bagi setiap aktiviti iaitu:

HARGA TIKET WALK-INDEWASA (RM)KANAK-KANAK (RM)
Tiket MasukPercumaPercuma
Cove Aerobar2020
Rope Course7535
Big Swing1010
Carousel1010
Trampoline1010
Dirt Bike90 (30 min)

NOTA: Harga tiket ini mungkin berubah mengikut keadaan semasa

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai review aktiviti yang tersedia, anda boleh melayari portal rasmi Gamuda Gove

ARTIKEL LAIN:

3 thoughts on “SENARAI AKTIVITI MENARIK BEST GAMUDA COVE(Review Waterpark Theme Park)”

Leave a Comment