CARA DAPATKAN SEMULA RESIT TRANSAKSI MyBSN(Check Transaction History)

CARA DAPATKAN SEMULA RESIT TRANSAKSI MyBSN(Check Transaction History)

RESIT TRANSAKSI MyBSN

Kepada para pelanggan BSN, semestinya anda perlu daftakan perkhidmatan online banking bagi memudahkan anda untuk lakukan pelbagai transaksi dan juga menyemak penyata bulanan anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara dapatkan semula resit transaksi BSN secara online menerusi MyBSN, semoga membantu.

 

APA ITU MyBSN

MyBSN adalah sebuah aplikasi online yang membolehkan kita membuat pindahan wang,pembayaran, pembelian secara online. Ia lebih memudahkan kita untuk urusan pembayaran bill dan sebagainya. Sekiranya anda mahu memiliki akaun MyBSN anda terlebih dahulu perlu memiliki akaun Bank Simpanan Nasional..

 

TUJUAN DAPATKAN RESIT TRANSAKSI MyBSN

Semestinya terdapat banyak sebab untuk anda memerlukan resit transaksi ini. Antara seperti berikut:

  • Untuk membuat pengesahan/pembuktian transaksi yang anda lakukan
  • Cetak untuk simpanan
  • Untuk diberikan kepada pihak berklaitan jika diperlukani.
  • Untuk membuat sebarang tuntutan

 

 CARA DAPATKAN SEMULA RESIT TRANSAKSI MyBSN

Kepada anda yang ingin mendapatkan semula resit transaksi ini, b erikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Layari pautan MyBSN dan log masuk akaun MyBSN Anda,
  2. Pada paparan utama, klik pada bahagian Account Overview dan paparan akan menunjukkan no akaun bsn Anda, Klik pada Nombor Akaun BSN Anda.
  3. Kemudian klik pada bahagian MyBSN Transaction History
  4. Seterusnya anda perlu pilih tempoh masa yang Anda inginkan sama ada last 30 days atau last 60 days.
  5. Sekiranya anda ingin melihat status transaksi yang berjaya, klik pada bahagian Successful.
  6. Setelah lengkap klik pada bahagian Submit.
  7. Paparan akan menunjukkan senarai transaksi yang berjaya dilakukan dalam tempoh yang anda pilih tadi
  8. Untuk dapatkan kembali resit transaksi anda, klik pada bahagian Reprint, nanti paparan ankan
  9. Anda boleh mencetak kembali dengan klik pada butang Print. Selesai

 

SOALAN LAZIM (FAQ) RESIT TRANSAKSI MyBSN

Bagaimana untuk simpan resit transaksi dalam bentuk pdf?

  • Setelah klik pada print, pada bahagian printer pilih save as PDF.

Apakah perbezaan status accepted dengan succesful pada resit transaksi?

  • Accepted bermaksud transaksi tersebut masih belum masuk ke akaun penerima tetapi proses transfer tersebut telah diterima, kebiasaan jik transfer guna Interbank Giro.
  • Manakala maksud Successful anda proses transfer anda telah berjaya dan wang tersebut telah masuk ke akaun penerima

Bagaimana cara untuk semak duit yang diterima daripada siapa?

  • Bagi semakan ini anda kena merujuk pada kaunter bsn berhampiran kerana dalam resit transaksi tidak dinyatakan maklumat tersebut.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara dapatkan semula resit transaksi anda, anda boleh layari web rasmi Bank Simpanan Nasional

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment