KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN DIESEL PERDAGANGGAN LORI(Cara Kira Di Malaysia)

KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN DIESEL PERDAGANGGAN LORI(Cara Kira Di Malaysia)

CUKAI JALAN

Setelah memperbaharui insurans kenderaan, sudah tentu anda ingin mengetahui kadar cukai jalan (roadtax) yang perlu di bayar. Disini kami kongsikan semakan Roadtax Kenderaan diesel bagi perdagagan, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI JALAN

Roadtax atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) lebih dikenali dengan istilah cukai jalan adalah bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah

 

KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN PERDAGANGGAN

Berikut adalah merupakan kadar roadtx bagi kenderaan perdagangan iaitu:

Kenderaan Perdagangan – Barangan

Kod Kegunaan : BA (Penggerak Utama),

  • BB (Rigid),
  • BE (Trailer),
  • BF (D’Controlled),
  • BG (Mayat),
  • BH (Tunda),
  • BP (Perkhidmatan),
  • BQ (Penggerak Utama Kontena),
  • BR (Penggerak Utama Trailer),
  • BS (Penggerak Utama Jentera Bergerak)
  • BC(Semi Trailer)
  • BD(Semi Trailer Kontena)
  • BN(Double Semi Trailer)
  • BI (Lori Sekolah Memandu)

Kadar  Harga

LKM dikenakan berdasarkan kadar asas dengan tambahan kadar progresif seperti berikut:

BERAT TANPA MUATANKADAR ASASKADAR PROGRESIF
1000kg dan ke bawahRM 0.00RM 0.096 untuk setiap perbezaan kg berbanding 0kg.
1001kg hingga 1500kgRM 96.00RM 0.096 untuk setiap perbezaan kg berbanding 1000kg.
1501kg hingga 2500kgRM 144.00RM 0.072 untuk setiap perbezaan kg berbanding 1500kg.
2501kg hingga 5000kgRM 216.00RM 0.06 untuk setiap perbezaan kg berbanding 2500kg.
5001kg hingga 10000kgRM 366.00RM 0.044 untuk setiap perbezaan kg berbanding 5000kg.
10001kg hingga 20000kgRM 586.00RM 0.066 untuk setiap perbezaan kg berbanding 10000kg.
20001kg hingga 30000kgRM 1,246.00RM 0.077 untuk setiap perbezaan kg berbanding 20000kg.
30001kg hingga 40000kgRM 2,016.00RM 0.077 untuk setiap perbezaan kg berbanding 30000kg.
40001kg hingga 50000kgRM 2,786.00RM 0.088 untuk setiap perbezaan kg berbanding 40000kg.
Melebihi 50000kgRM 3,666.00RM 0.088 untuk setiap perbezaan kg berbanding 50000kg.

 

Kenderaan Perdagangan – Perkhidmatan Awam

Kod Kegunaan : DB (Sewa Pandu)

  • EB (Limosin)
  • DA (Kereta Sewa)
  • EA (Teksi)
  • CB (Bas Ekspress),
  • CF (Bas Persiaran)
  • CH (Bas Catar))
  • CP (Bas Pengantara)
  • CD (Bas Kilang)
  • CG (Bas Pekerja)

Kadar  Harga

  • Kadar LKM dikenakan pada kadar asas RM20.00

 

Kenderaan Perdagangan – Perkhidmatan Awam (Bas)

Kod kegunaan : CA (Bas Berhenti-Henti)

  • CC (Bas Mini)
  • CE (Bas Sekolah)

Kadar  Harga

  • Kadar LKM dikenakan pada kadar tetap RM2.00

 

Kenderaan Perdagangan – Jentera Bergerak & Traktor Tanah

Kod Kegunaan :

  • GB (Jentera Bergerak)
  • HA (Traktor Tanah)

Kadar  Harga

  • Dikenakan pada kadar asas RM 45.00

 

Kenderaan Perdagangan – Sekolah Memandu – Bas

Kod Kegunaan : CI (Bas Sekolah Memandu)

Kadar Harga: Percuma

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kadar cukai jalan perdagangan, anda boleh melayari website rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment