CARA BAYAR PINJAMAN ASB GUNA APLIKASI MAE

CARA BAYAR PINJAMAN ASB GUNA APLIKASI MAE

BAYAR ASB MAE

Kepada anda yang mempunyai akaun ASB, kini anda boleh membuat pembayaran menerusi aplikasi MAE Maybank. Dengan adanya kemudahan ini, maka anda tak perlu lagi untuk ke bank atau kiosk ASB. Semuanya boleh dilakukan secara omline sahaja. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara bayar pinjaman ASB guna aplikasi MAE, semoga membantu.

 

APA ITU MAE MAYBANK

“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

 

KELEBIHAN APLIKASI MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:

  • Senang digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

 

CARA PAUTKAN AKAUN ASB DENGAN MAE

Berikut adalah merupakan cara untuk pautkan (link) akaun ASB dengan aplikasi MAE:

  1. Buka aplikai MAE Maybank di telefon anda dan log masuk ke dalam akaun anda
  2. Pada paparan utama, terdapat 2 titik masuk (butang Transfer atau Maybank2U) untuk pautkan akaun ASNB anda. Pada salah satu titik masuk untuk teruskan.
  3. Sekiranya anda tekan Transfer:
    • Klik pada ASNB dan pilih ASB Transfer.
  4. Sekiranya klik Maybank2U
    • Pergi ke Wealth, kemudiannya pilih ASNB Accounts.
  5. Seterusnya, semak dan pilih setuju untuk Terma & Syarat dan klik pada Agree & Link
  6. Sahkan pengesahan Secure2U dengan menekan butang Approve bila notifikasi muncul.
  7. Akaun ASNB anda kini berjaya dipautkan.

 

CARA BAYAR PINJAMAN ASB GUNA MAE

Setelah anda berjaya pautkan akaun ASB anda, berikut adalah merupakan cara untuk membuat pembayaran ASB anda iaitu:

  1. Log masuk aplikasi MAE di telefon bimbit anda.
  2. Pada paparan menu utama, klik pada View All Accounts
  3. Kemudian masukkan no Pin Apliaksi MAE anda
  4. Seterusnya pada bahagian menu scroll ke kanan dan pilih pada bahagian Loan/Financing
  5. Kemudian klik pada Maybank Islamic Financing
  6. Paparan akan menunjukkan maklumat butiran pinjman anda. Klik pada Pay Financing
  7. Kemudian anda dikehendaki untuk Log Masuk akaun Maybank2u anda dan klik contiune
  8. Pada paparan seterusnya klik pada Any Amount, dan masukkan jumlah yang anda ingin bayar
  9. Paparan akan menujukkan pengesahan maklumat transaksi, jika ya klik pada Pay Now
  10. Luluskan pengesahan Secure2U yang tertera dengan klik pada Approve
  11. Status pembayaran anda Berjaya akan tertera, selesai pembayaran anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara bayar pinjaman ASB menggunan MAE Maybank, anda boleh merujuk pada pautan ASNB accounts with MAE

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA BAYAR PINJAMAN ASB GUNA APLIKASI MAE”

Leave a Comment