CARA AKTIFKAN LINK AKAUN ASNB TOUCH ‘n GO eWALLET(Beli Tambah Dana)

CARA AKTIFKAN LINK AKAUN ASNB TOUCH ‘n GO eWALLET(Beli Tambah Dana)

ASNB TOUCH 'n GO

Adakah anda mempunyai akaun dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)? Sekiranya ya sudah semestinya anda ingin mengetahui cara untuk link kan akaun ASNB dengan touch ‘n Go eWallet. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU TnG eWALLET

Touch ‘n Go eWallet ialah platform pembayaran e-dompet dan dalam talian Malaysia, yang ditubuhkan pada Julai 2017 sebagai usaha sama antara Touch ‘n Go dan Ant Financial.

 

MUAT TURUN APLIKASI  TnG eWALLET

Pada permulaannya, anda dikehendaki muat turun  dan install aplikasi TnG eWallet terlebih dahulu di telefon anda. Berikut adalah pautan aplikasi TnG eWallet:

 

PERKHIDMATAN PELABURAN ASNB TERSEDIA TOUCH ‘n GO eWALLET

Touch ‘n Go eWallet menawarkan perkhidmatan pelaburan ASNB seperti berikut:

  1. Akses ke akaun ASNB sedia ada anda untuk menyemak:
    • Jumlah pelaburan
    • Senarai unit amanah ASNB dengan jumlah pelaburan (Unit Amanah Harga Tetap dan unit amanah harga berubah).
    • 5 transaksi terakhir bagi setiap unit amanah
  2. Akses ke i akaun Remaja/Bijak untuk menyemak:
    • Senarai unit amanah ASNB dengan jumlah pelaburan bagi akaun remaja/bijak dan pihak ketiga (Unit Amanah Harga Tetap dan Unit Amanah Harga Berubah).
    • 5 transaksi terakhir bagi setiap Unit Amanah
  3. Melabur dalam Unit Amanah baru bagi akaun sendiri atau Remaja/Bijak.
  4. Melabur dalam Unit Amanah sedia ada bagi akaun sendiri atau Remaja/Bijak.

 

CARA LINK AKAUN ASNB DENGAN TOUCH ‘n GO eWALLET

Berikut adalah merupakan cara untuk link kan akaun ASNB anda dengan TnG eWallet bagi membuat pelaburan dengan mudah iaitu:

  1. Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan laman utama klik pada ASNB
  3. Seterusnya klik pada Start Now
  4. Jika anda telah sahkan Akaun TnG eWallet dengan MyKad, ia akan terus lengkapkapkan butiran akaun ASNB anda. Klik pada kotak terma dan syarat dan klik pada Proceed
  5. Paparan akan menunjukkan maklumat akaun ASNB anda seperti jumlah aset pelaburan dan sebagainya.
  6. Selesdai, anda telah berjaya linkkan akaun ASNB anda dengan TnG.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) ASNB TOUCH ‘n GO eWALLET

Bolehkah saya membuka akaun ASNB menerusi TNg eWallet?

  • Anda tidak boleh membuka ASNB akaun menerusi TnG eWallet. Anda boleh membuka akaun ASNB menerusi aplikasi myASNB atau dengan mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen.
  • Dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun ASNB ialah:
  • 18 tahun ke atas – myKad
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad/Sijil Kelahiran dan myKad ibu/bapa/penjaga

Bolehkah saya membuat pengeluaran untuk pelaburan unit amanah ASNB menerusi TnG eWallet?

  • Anda tidak boleh membuat pengeluaran untuk pelaburan unit amanah anda menerusi TnG eWallet. Sila kunjungi cawangan ASNB atau ejen untuk membuat pengeluaran atau gunakan aplikasi myASNB untuk pengeluaran sehingga RM2,000.

Bagaimana untuk menyimpan slip transaksi bagi pelaburan ASNB menerusi TnG eWallet?

Anda boleh menyimpan slip transaksi bagi pelaburan ASNB menerusi Touch ‘n Go eWallet dengan cara berikut:

  • Selepas pelaburan berjaya
  • Dalam sejarah transaksi Touch ‘n Go eWallet

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment