Cara Nak Dapatkan Balik Duit Yang Ditipu Scammer (Kes Penipuan Online)

Cara Nak Dapatkan Balik Duit Yang Ditipu Scammer (Kes Penipuan Online)

Cara Nak Dapatkan Balik Duit Yang Ditipu Scammer

Jika anda melakukan sebarang transaksi dan anda telah sedar bahawa anda telah ditipu,bagaimanakah cara untuk anda dapatkan balik duit yang ditipu oleh scammer?

 

  1. Buat Report Polis

Anda perlu buat report polis. Ini penting supaya apa yang scammer itu buat pada anda, ada rekod.

Jadi, dia tak boleh lari dari tanggungjawab. Report polis juga penting untuk anda pertahankan.Pastikan anda ada nama penuh scammer.

Kalau ada nombor kad pengenalan scammer tersebut, itu lebih baik. Lagi detail, lagi bagus. Semasa buat laporan polis di balai polis berdekatan, anda kena maklumkan bahawa anda telah masukkan duit ke dalam akaun yang salah.

 

  1. Maklumkan Pihak Bank

Selepas siap semuanya, anda buat laporan pada pihak bank juga. Ini adalah untuk anda buat tuntutan semula duit yang anda kena tipu.

Jika anda masukkan duit menggunakan Maybank, sila ke Maybank dan jelaskan bahawa anda telah masukkan duit ke dalam akaun scammer.

Tunjukkan laporan polis yang anda buat tadi. Pihak bank tak akan abaikan anda. Dengan laporan dari pihak polis, ini bermakna kes anda serius.

Minta budi bicara pihak bank untuk pertimbangkan kes anda.

 

  1. Hubungi Keluarga Scammer

Antara lain, anda boleh cuba check balik samada anda masih simpan nombor telefon dia. Cuba dapatkan semua nombor keluarga dan kawan-kawan dia. Anda cuba hubungi famili dia terlebih dahulu. Terangkan keadaan semasa yang berlaku. Minta tolong famili dia hubungi si scammer ini supaya bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

 

Artikel Lain

CARA TRACE CAR OWNER GUNA NOMBOR PLAT

Leave a Comment