CARA PINDAH DUIT TRANSFER MONEY (Guna RHB Mobile Banking)
Kepada pelanggan RHB Bank, semestinya anda akan menggunakan aplikasi RHB Mobile banking supaya menyenangkan anda untuk membuat pelbagai transaksi secara online antaranya pindah duit. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara transfer money guna RHB mobile banking, semoga membantu.
APA ITU RHB MOBILE BANKING
RHB Bank Bhd (RHB) memperkenalkan aplikasi perbankan mudah alih RHB mobile banking baharu, menawarkan keupayaan pengurusan aliran tunai serba boleh kepada pelanggan perniagaan.Melalui aplikasi ini membolehkan pengguna menggunakan semua jenis transaksi melalui mudah alih seperti semak baki akaun, bayar bil, topup kredit, semak sejarah transaksi dan banyak lagi..
MUAT TURUN APLIKASI RHB MOBILE BANKING
Sudah tentunya bagi memudahkan urusan anda harusnya memuat turun dan install aplikasi ini di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma
CARA TRANSFER MONEY GUNA RHB MOBILE BANKING
Berikut adalah merupakan panduan cara untuk anda pidahkan duit dari akaun menggunakan aplikasi ini iaitu:
- Buka aplikasi RHB Mobile banking atau layari laman rasmi web RHB Online Banking
- Log masuk akaun anda.
- Pada paparan utama klik pada Funds
- Pada bahagian Tranfer Type teerdapat bebera pilihan iaitu:
- Transfer To Own – akaun sendiri
- Transfer To Third Party – akaun orang lain
- Pilih pada pilihan yang anda ingin
- Kemudian masukkan maklumat yang diperlukan seperti
- Jumlah yang anda ingin transfer
- Rujukan Penerima
- Butiran Transaksi
- Setelah lengkap klik pada Continue
- Paparan akan menunjukkan maklumat transaksi transfer anda
- Anda akan menerima pemberitahuan melalui Aplikasi RHB Mobile banking Anda hanya perlu ketik pada pemberitahuan dan anda akan ditunjukkan skrin dengan butiran transaksi dan dua butang; Sahkan dan Tolak. Ketik pada ‘Approve’ jika anda mahu meneruskan transkasi ini.
- Selesai, transaksi anda telah Berjaya, anda boleh simpan slip transaksi untuk rujukan
HAD LIMIT TRANSFER GUNA RHB MOBILE BANKING
Berikut adalah merupakan had limit harian yang ditetapkan iaitu:
- Transaction Without TAC: RM1,500
- Connect ATM Withdrawal: RM1,500
- FPX (DuitNow Online Banking/Wallets) Merchant Specific: RM50,000
- FPX (DuitNow Online Banking/Wallets) Non-Merchant Specific: RM30,000
- Prepaid Reload: RM200
- QR Payment: RM9,999
- Third Party Account: RM50,000
- Transfer to other bank (via DuitNow or GIRO): RM50,000
- Bill Payment: RM50,000
- Other Retail Payment (non FPX): RM30,000
CARA TUKAR HAD LIMIT TRANSFER RHB BANK
Berikut adalah merupakan cara untuk tukar had pindahan wang RHB Bank iaitu:
- Buka aplikasi RHB Mobile banking atau layari laman rasmi web RHB Online Banking
- Log masuk akaun anda.
- Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Profile”
- Kemudian klik pula pada “Daily Transaction Limit”
- Masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan
- Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan
- Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik “Update”.
ARTIKEL LAIN:
1 thought on “CARA PINDAH DUIT TRANSFER MONEY (Guna RHB Mobile Banking)”