PERATURAN GAMBAR PASSPORT LELAKI PEREMPUAN (Pakaian Warna Tudung Makeup)

PERATURAN GAMBAR PASSPORT LELAKI PEREMPUAN (Pakaian Warna Tudung Makeup)

GAMBAR PASSPORT

Gambar bersaiz pasport antara yang penting dalam urusan rasmi yang kebanyakkan akan digunakan untuk permohonan kerja, kemasukan taska, tadika, sekolah, universiti, permohonan pasport dan sebagainya jika berkaitan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara dan peraturan ambil gambar passport, semoga membantu.

 

SPESIFIKASI GAMBAR PASSPORT

Berikut adalah merupakan spesifikasi gambar pasport secara asas:

  • Fokus/resolusi tinggi dan jelas.
  • Tiada redeye.
  • Tiada bayang-bayang.
  • Imej dari kepala ke dagu – mestilah antara 34mm dan 39mm tinggi.
  • Tiada garisan putih yang mengelilingi gambar kerana ini mungkin menjejaskan dimensi imej.
  • Gambar harus dicetak secara profesional

 

SAIZ GAMBAR PASSPORT

Gambar pasport mestilah dicetak secara profesional dengan ukuran:

  • Milimeter: 50mm tinggi x 35 mm lebar
  • Centimeter: 5.0cm tinggi x 3.5cm

 

PANDUAN AMBIL GAMBAR PASSPORT

Foto passport yang diambil mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Berikut adalah merupakan panduan untuk mengambil gambar passport iaitu:

  • Ukuran saiz gambar mestilah 50mm X 35mm.
  • Passport photo size mestilah mengikut gambar malaysia yang terkini.
  • Latar belakang passport background mestilah berwarna putih.
  • Mod swafoto adalah dilarang.
  • Hendaklah berpakaian gelap ketika mengambil gambar dan wajah mestilah jelas tanpa halangan cahaya dan aksesori pada bahagian muka.
  • Pemohon yang berkaca mata tidak boleh memakai cermin mata ketika mengambil gambar.

 

PERATURAN UNTUK MENGAMBIL GAMBAR PASSPORT

Untuk makluman anda, tiada peraturan khusus yang ditetapkan untuk mengambul gambar ic. Walaubagaimanapun, berikut adalah panduan yang boleh anda rujuk supaya memudahkan urusan anda iaitu:

  1. Seharusnya anda memakai pakaian formal atau yang bersesuaian. Sebaiknya memakai baju yang berlengan dan sama ada berkolar atau tidak. Tetapi anda sesetengah JPN tidak terima baju yang tak ada kolar. Dinasihatkan untuk anda memakai pakai baju yang berkolar dan warna gelap.
  2. Sebaiknya memakai baju yang bewarna gelap kerana background untuk gambar MyKad tu warna putih.Sekiranya anda pakai baju warna cerah, petugas JPN akan meminta anda pakai kot yang disediaka.
  3. Kepada perempuan yang bertudung pun seharusnya memakai tudung yang bewarna gelap. Sebaiknya jangan pakai tudung warna cerah or tudung yang ada sulam manik dan labuci atas kepala kerana ianya akan pantulkan cahaya kamera.
  4. Kepada anda yang warnakan rambut, sila gelapkan warna rambut anda. Keapda anda yang sememangnya rambut memang dah sedia putih (beruban), anda boleh memakai songkok atau kopiah gelap.
  5. Bagi yang ada rambut jenis fesyen tutup dahi, pastikan rambut depan anda tak tutup kening. Gambar di MyKad anda perlu nampak kening.
  6. Bagi yang bercermin mata, ada kemungkinan petugas kaunter akan minta anda tanggalkan cermin mata sewaktu nak tanngkap gambar sebab cermin mata anda akan pantulkan cahaya kamera. Untuk kes ini, anda juga boleh merujuk pada petugas terlebih dahulu.

 

CARA AMBIL GAMBAR PASSPORT

Berikut adalah merupakan cara untuk anda mencetak gambar passport sendiri iaitu:

  1. Ambilkan gambar anda. Sebaiknya anda berpakaian Lebih kemas jika berpakaian formal. Untuk memudahkan lagi, seelokknya anda ambil gambar berbacgroud kan dinding yang kosong.
  2. Layari website Remove Image Background
  3. Pada paparan utama klik pada Upload Image.
  4. Seterusnya masukkan gambar yang anda ambil tadi.
  5. Sekiranya anda ambil gambar yang berlatarkan pemandangan atau sebagainya, ianya akan auto hilang background tersebut
  6. Seterusnya anda klik pada edit dan boleh pilih background biru atau putih mengikut kesesuaian urusan atau tujuan anda
  7. Setelah klik pada anak panah tu untuk muat turun (download) gambar pasport tersebut. Gambar anda tersebut akan masuk dalam galleri phone anda.
  8. Seterusnya anda boleh mencetakkannya menerusi komputer atau laptop di rumah anda
  9. Pastikan setkan gambar saiz 5.0cm x 3.5 cm dan print dengan menggunakan glossy paper.
  10. Selesai, siap gambar pasport anda

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “PERATURAN GAMBAR PASSPORT LELAKI PEREMPUAN (Pakaian Warna Tudung Makeup)”

Leave a Comment