CARA DAFTAR RHB MOBILE BANKING(Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)
RHB online banking atau dikenali sebagai RHB Now merupakan perkhidmatan yang dipersembahkan bagi memudahkan pelanggan melakukan transaksi. Dengan RHB internet banking, pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa perlu datang ke cawangan RHB. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar Daftar RHB Mobile Banking, semoga membantu.
APA ITU RHB MOBILE BANKING
RHB Bank Bhd (RHB) memperkenalkan aplikasi perbankan mudah alih RHB mobile banking baharu, menawarkan keupayaan pengurusan aliran tunai serba boleh kepada pelanggan perniagaan.Melalui aplikasi ini membolehkan pengguna menggunakan semua jenis transaksi melalui mudah alih seperti semak baki akaun, bayar bil, topup kredit, semak sejarah transaksi dan banyak lagi..
MUAT TURUN APLIKASI RHB MOBILE BANKING
Sudah tentunya bagi memudahkan urusan anda harusnya memuat turun dan install aplikasi ini di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma
CARA DAFTAR RHB MOBILE BANKING
Setelah anda install aplikasi tersebut, berikut adalah merupakan cara pendaftran bagi pengguna kali pertama iaitu:
- Buka aplikasi RHB Mobile Banking, pada laman log masuk ini, klik pada Register with RHB
- Kemudian, Anda dikehendaki untuk isikan nombor kad debit/kad ATM pada ruangan yang disediakan.Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Selepas itu, isikan Debit Card dan isikan pula Nombor PIN kad tersebut diruangan bawahnya. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Seterusnya, Anda perlu isi nombor telefon yang berdaftar pada bahagian Mobile Number dibawahnya. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
- Pada bahagian ini, isikan saja Nombor OTP yang diterima sebagai pengesahan.
- Selepas itu, Anda dikehendaki untuk lengkapkan, Kata Laluan, Emel dan Secure Word. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Seterusnya, pada laman ini, jika Anda bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan ini, tekan saja pada tiga kotak tersebut.Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
- Anda dikehendaki sekali lagi isikan Nombor OTP yang diterima sebagai pengesahan.
- Selepas itu, pada bahagian soalan keselamatan ini, Anda dikehendaki untuk memilih soalan beserta jawapan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Seterusnya, Anda diberi pilihan untuk tetapkan sekuriti log masuk secara Nombor PIN atau Biometric. Jika sudah selesai, tekan Continue.
- Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat yang dinyatakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Authorise Now.
- Selesai, anda telah berjaya daftar RHB Mobile Banking
SOALAN LAZIM (FAQ) RHB MOBILE BANKING
Bagaimana jika terlupa username rhb online?
- Boleh klik pada pautan ini untuk dapatkan semula username anda, logon.rhb.com.my
Bagaimana jika ada masalah tak boleh login rhb now online?
- Boleh kongsikan masalah anda dengan hubungi Customer Care Centre di nombor 03-9206 8118
MAKLUMAT LANJUT
Jika Anda mendapatkan masalah pada masa pendaftaran, sila menghubungi costumer service bank RHB. Melalui email dan nombor telefon rasmi:
- Email : [email protected]
- Nombor telefon : 03-9206 8118
- Atau pergi ke cawangan bank RHB terdekat untuk menyelesaikan masalah Anda
ARTIKEL LAIN:
1 thought on “CARA DAFTAR RHB MOBILE BANKING(Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)”