QR PAY HLB CONNECT(Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi Imbasan Kod QR)

QR PAY HLB CONNECT(Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi Imbasan Kod QR)

QR PAY HLB CONNECT

Kepada pelanggan Hong Leong Bank, semestinya anda akan menggunakan online banking HLB Connetc supaya menyenangkan anda untuk membuat pelbagai transaksi secara online. Melalui aplikasi ini anda boleh membuat transaki lebih pantas lagi menggunakan QR. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai QR Pay HLB Connect, semoga membantu.

 

APA ITU QR PAY HLB CONNECT

QRPay ialah ciri Aplikasi HLB Connect yang membolehkan anda mengimbas dan menunjukkan kod untuk membuat atau menerima pembayaran. Jika anda seorang penyokong pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuh, membuat dan menerima pembayaran pada Aplikasi HLB Connect kini semudah mengimbas Kod QR!

Anda boleh muat turun Connect App dari  App Store, Google Play atau Huawei App Gallery. Cari “HLB Connect Mobile Banking App” atau layari www.hlb.com.my/app.

 

KELEBIHAN QR PAY HLB CONNECT

Berikut adalah merupakan antara kelebihan QR Pay ini iaitu:

  • Dengan QR Pay, mengutip kembali wang daripada semua orang boleh dilakukan dengan mudah dengan meminta mereka mengimbas kod QR anda.
  • Kini dengan QRPay, satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah Apl HLB Connect baharu dalam telefon pintar anda!

 

CARA GUNA QR PAY HLB CONNECT

Untuk menggunakan QR Pay, anda memerlukan 2 perkara:

  1. Akaun Semasa atau Simpanan HLB
  2. Apl Sambungan HLB

 

CARA BUAT QR CODE HLB CONNECT

Untuk menjana kod QR anda daripada Perbankan Dalam Talian HLB Connect, ikut langkah di bawah:

  1. Log masuk ke akaun anda HLB Connet anda
  2. Papaan akan menunjukkan keseluruhan Akaun Semasa atau Simpanan anda, klik drop down arrow ke bawah dan pilih View Details.
  3. Klik pada Generate QR untuk meneruskan.

 

CARA BAYAR GUNA QRPAY HLB CONNECT

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pembayaran melalui QR Pay iaitu:

  1. Buka Apl HLB Connect dan ketik QRPay
  2. Imbas kod QR penerima atau pedagang dan masukkan jumlah yang perlu dibayar

 

CARA TERIMA BAYARAN GUNA QRPAY HLB CONNECT

Berikut adalah merupakan cara untuk anda menerima  pembayaran melalui QR Pay iaitu:

  1. Buka Apl HLB Connect dan ketik Terima Pembayaran
  2. Tunjukkan Kod QR anda kepada pembayar untuk mengimbas dan membuat pembayaran kepada anda
  3. Untuk pratetap amaun yang perlu dibayar, ketik pada Masukkan Amaun.
  4. Untuk menukar akaun penerima anda, ketik pada Tukar Akaun Bank dan pilih akaun lain.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara reset passwrod HLB Connect, anda boleh layari website rasmi Hong Leong Bank 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment