MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN(Semakan Tarikh Bantuan)

MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN(Semakan Tarikh Bantuan)

Seperti yang anda ketahui, Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan Prihatin Kasih, iaitu sebuah inisiatif cashless (Sistem MyKasih) yang menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan rumah. Kepada penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan, bayaran MyKasih ini adalah dalam bentuk sekaligus. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.


APA ITU BANTUAN SARa MYKASIH

Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah merupakan jumlah tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelyakan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. SARA adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar.

 

BARANGAN ASAS MyKASIH

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Mi
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Perasa
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Makanan dalam tin
  • Minuman

 

CARA DAFTAR MyKASIH

Tiada pendaftaran diperlukan kerana penerima bantuan ini akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

 

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MyKASIH

Kepada anda yang ingin membuat semakan kelayakan, berikut adalah merupakan caranya:

Secara SMS

  • Anda akan menerima SMS yang memaklumkan bantuan anda telah diproses atau diluluskan.
  • Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.

Secara Online

  1. Layari pautan MyKasih
  2. Pada halama utama di bahagian atas, klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-)
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  6. Paparan status kelayakan anda akan tertera

 

TARIKH BAYARAN MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN

Bagi penerima Sabah / Sarawak / WP Labuan, Akan menerima bayaran MyKasih RM600 sekaligus melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara mulai 7 Ogos 2023 (isnin)

 

CARA SEMAKAN BAYARAN MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN

Kepada anda yang bedaftar menggunakan akaun bank, anda boleh menyemak bayar tersebut menerusi online banking bank yang telah anda daftarkan bemula tarikh bayaran diumumkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MyKasih, anda boleh melayari portal rasminya DI SINI

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “MyKASIH SABAH SARAWAK LABUAN(Semakan Tarikh Bantuan)”

Leave a Comment