CARA SEWA DEWAN BADMINTON COURT DBKL(Harga & Borang Isi Online)

CARA SEWA DEWAN BADMINTON COURT DBKL(Harga & Borang Isi Online)

DEWAN BADMINTON COURT DBKL

Kepada anda yang berada di WP kuala Lumpur, semestinya anda ingin memgetahui cara untuk membuat tempahan sama ada dewan badminton court DBKL. Disini kami akan kongsikan ekpada anda cara membuat tempahan secara online menerusi Aplikasi Mudah Alih KL SPEF, semoga membantu.

 

APA ITU APLIKASI KL SPEF

Aplikasi mudah alih rasmi untuk tempahan dewan dan fasiliti gelanggang sukan di bawah seliaan DBKL. Sedia dipasang di telefon pintar iOS atau Android.

 

MUAT TURUN APLIKASI KL SPEF

Bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan, anda seharusnya memuat turun dan install aplikasi ini terlebih dahulu menerusi pautan bekut:

 

KELEBIHAN APLIKASI KL SPEF

Berikut adalah merupakan kelebihan aplikasi ini iaitu:

  • Membuat carian lokasi dewan dan acara sukan yang berada di Kuala Lumpur.
  • Memilih acara sukan atau dewan seperti Badminton, Futsal, Tennis dan sebagainya.
  • Membuat tempahan dan pembayaran boleh dibuat secara di atas talian.

 

SENARAI DEWAN BADMINTON COURT DBKL

Untuk mengetahui senarai dewan yang tersedia, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:

 

CARA SEWA DEWAN BADMINTON COURT DBKL

Kepada anda ingin membuat termpahan semestinya anda buka aplikasi Kl Spef dan log masuk akaun anda. Jika anda pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu. Kemudian berikut adalah cara membuat tempahan:

Tempahan Majlis / Kejohanan DBKL

  1. Di paparan utama, pilih Parlimen dan tarikh untuk Majlis/Kejohanan anda.
  2. Seterusnya, pilih lokasi yang anda mahukan.
  3. Tekan butang Tempahan Majlis / Kejohanan di bawah skrin.
  4. Sahkan tempahan yang anda mahukan. Jika anda puas hati, tekan butang Ya, saya pasti.
  5. Jika tempahan anda berjaya, satu notifikasi akan terpapar dengan tajuk Tempahan Berjaya.
  6. Anda boleh semak tempahan anda di bahagian Tempahan Anda.
  7. Untuk langkah seterusnya, anda perlu hadir ke lokasi yang dipilih untuk pengesahan secara fizikal dalam masa 7 hari.

Tempahan Acara Sukan DBKL

  1. Di paparan utama, pilih Parlimen dan tarikh untuk tempahan acara sukan anda.
  2. Seterusnya, pilih lokasi yang anda mahukan.
  3. Di paparan seterusnya, pilih acara sukan yang anda mahukan di bahagian Acara.
  4. Anda akan dipaparkan dengan senarai fasiliti sukan di lokasi tersebut berserta slot masa. Pilih fasiliti dan slot masa yang anda mahukan. Tekan butang Seterusnya.
  5. Sahkan tempahan anda di paparan seterusnya. Jika anda ingin menambah tempahan, tekan butang Tambah Tempahan.
  6. Jika anda pasti dengan tempahan anda, tekan butang Buat Bayaran untuk membuat tempahan dan bayaran tempahan.
  7. Setelah bayaran telah selesai dibuat, anda boleh semak tempahan anda di bahagian Tempahan Anda untuk kepastian. Sila pastikan Status bayaran anda adalah BERJAYA dan Status Tempahan anda adalah DISAHKAN.

 

HARGA SEWA DEWAN BADMINTON COURT DBKL

Anda boleh mengetahui kadar sewa terkini semasa anda membuat tempahan melalui aplikasi Kl Spef

 

CARA SEMAK TEEMPAHAN DEWAN BADMINTON COURT DBKL

Berikut adalah merupakan cara membuat semakan. Iaitu:

  1. Buka aplikasi KL Spef dan log masuk akaun anda
  2. Di paparan utama, tekan butang Menu di atas kanan.
  3. Tekan Tempahan.
  4. Anda akan dibawa ke paparan Tempahan Anda. Semua tempahan yang telah dibuat oleh anda boleh disemak di sini.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment