CARA DAFTAR LOGIN HLB CONNECT(Transaksi Mobile Banking Akaun Hong Leong Bank)
Kepada pelanggan Hong Leong Bank, semestinya anda akan menggunakan online banking HLB Connetc supaya menyenangkan anda untuk membuat proses pembayaran, pemindahan wang, penyemakan baki akaun dan sebagainya. Untuk mengakses ke online banking seharusnya perlu daftar terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar dan login HLB Connect, semoga membantu.
APA ITU HLB CONNECT
Terkini Hong Leong Bank memperkenalkan perkhidmatan aplikasi Perbankan Internet HLB Connect sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian dalam telefon.
Anda boleh muat turun Connect App dari App Store, Google Play atau Huawei App Gallery. Cari “HLB Connect Mobile Banking App” atau layari www.hlb.com.my/app.
CIRI-CIRI HLB CONNECT
Berikut adalah merupakan antara ciri-cii tersedia iaitu:
- Keseluruhan Akaun
- Pembayaran & Transaksi
- Permohonan
- Perkhidmatan Kad Debit/Kredit
- Tetapan
- Ciri Perniagaan untuk Pemilik Syarikat Jenis Milikan Tunggal
- Pocket Connect (Akses untuk Ibu Bapa)
- Keselamatan
CARA DAFTAR HLB CONNECT
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Terdapat 2 langkah untuk mendaftar Hong Leong Connect iaitu:
Menggunakan Web Rasmi Hong Leong Connet
- Sila buka laman rasmi web Hong Leong Connet
- Klik REGISTER ONLINE BANKING
- Masukkan JENIS PENGENALAN dan NOMBOR PENGENALAN
- Masukkan NOMBOR KAD dan PIN KAD
- Masukkan KOD YANG DIPAPARKAN(Type the code show)
- Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS
- Cipta NAMA PENGGUNA yang Anda inginkan
- Cipta KATA LALUAN Anda
- Pilih GAMBAR KESELAMATAN
- Cipta SOALAN KESELAMATAN dan JAWAPAN KESELAMATAN
- Pendaftaran selesai
Menggunakan Aplikasi HLB Connect Mobile banking
- Muat turun Hong Leong Mobile Banking di Google Playstore atau App Store
- Buka Aplikasi Hong Leong Connect dan pilih DAFTAR SINI
- Masukkan JENIS PENGENALAN dan NOMBOR PENGENALAN dan ALAMAT E-MEL
- Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS
- Cipta NAMA PENGGUNA yang Anda inginkan
- Cipta KATA LALUAN Anda
- Pilih GAMBAR KESELAMATAN
- Akui TERMA DAN SYARAT
- Cipta SOALAN KESELAMATAN dan JAWAPAN KESELAMATAN
- Pendaftaran selesai
CARA LOGIN HLB CONNET
Selepas selesai pendaftaran, berikut ialah cara login Hong Leong Connet iaitu:
- Layari laman rasmi web Hong Leong Connet atau buka aplikasi HLB Connect Mobile banking di telefon anda
- Masukkan USERNAME anda
- GAMBAR KESELAMATAN yang anda pilih akan terpapar beserta username anda
- Masukkan PASSWORD anda
- Klik LOGIN
- Anda kini sudah berjaya login
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara daftar dan login HLB Connect, anda boleh layari website rasmi Hong Leong Bank
ARTIKEL LAIN:
1 thought on “CARA DAFTAR LOGIN HLB CONNECT(Transaksi Mobile Banking Akaun Hong Leong Bank)”