BANKRAP BOLEH BUKA AKAUN BANK DIGITAL KE TAK?(Kesan Bankrap Terhadap Individu)

BANKRAP BOLEH BUKA AKAUN BANK DIGITAL KE TAK?(Kesan Bankrap Terhadap Individu)

Bankrap Buka Akaun Bank

Sebut sahaja perkataan bankrap, mesti anda takut kan? Tidak dinafikan bahawa trend ini sangat membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia hari demi hai ini Sekiranya telah berstatus bankrap semestinya anda ingin mengetahui samada boleh buka akaun bank atau tidak. Disini kami akan kongsikan kepada anda

 

APA ITU BANKRAP

Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri. Segala harta kepunyaan bankrap yang tidak bercagar adalah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dan KPI bertanggungjawab untuk menghasilkan semua harta tersebut. Hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan borang bukti hutang dan bukti hutang tersebut telah diperakukan oleh KPI.

 

PUNCA BERLAKUNYA BANKRAP

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca yang akan boelh menyebabkan seseorang individu disahkan bankrap iaitu:

  • Kegagalan membayar balik sebarang bentuk pinjaman dalam tempoh masa yang lama sehingga melebihi 6 bulan atau 1 tahun dan ke atas.
  • Tunggakkan hutang kad kredit.
  • Terlalu banyak sangat hutang yang berkomitmen tinggi melebihi kemampuan.
  • Menggunakan kad kredit melebihi daripada kemampuan bayaran balik

 

KESAN SEKIRANYA BERSTATUS BANKRAP

Seperti yang diketahui, individu yang berstatus bankrap akan berada di bawah pemerhatian Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Berikut adalah merupakan antara kesan sekiranya berstatus bankrap iaitu:

Segala harta benda atau aset akan disitaSemua harta dan aset miliknya akan dirampas oleh pihak bertanggungjawab seperti JIM untuk diuruskan bagi tujuan penyelesaian hutang-hutang yang tersisa.
Tidak layak untuk meminjamTidak layak untuk membuat sebarang permohonan pinjaman sama ada daripada bank, institusi kewangan atau pemberi pinjaman wang berlesen.
Tidak boleh ke luar negaraPerjalanan akan dihadkan iaitu tidak dibenarkan ke luar negara kecuali dengan kebenaran daripada pihak JIM atau mahkamah.
Akaun bank akan dibekukanTidak boleh membuat sebarang keluar masuk atau transaksi daripada akaun bank yang ada dan tidak boleh membuka apa-apa sahaja akaun bank
Peluang pekerjaan terhadIndividu yang bankrap akan suakr untuk mendapat pekerjaan terutamanya dalam bidang profesional

 

BANKRAP BOLEH BUKA AKAUN BANK KE?

Untuk pengetahuan anda, sekianya telah berstatus bankrap TIDAK BOLEH buka sebarang akaun bank daripada mana-mana bank yang terdapat di Malaysia. Tetapi berkenaan dengan akaun digital tidak dapat dipastikan samada boleh buka akaun dengan digital bank Malaysia yang baru dilancarkan ini.

 

CARA UNTUK SELESAIKAN KEBANKRAPAN

Sekrianya anda berstatus bankrap, berikut adalah meurpakan panduan bagi menggugurkan status bankrap iaitu:

  • Mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JIM atau mahkamah sepanjang tempoh status bankrap masih berjalan
  • Membayar balik hutang-hutang yang masih ada atau tertunggak secara konsisten
  • Mendapatkan bantuan atau cadangan berkenaan penyelesaian status bankrap daripada pihak berwajib seperti JIM
  • Memohon pertimbangan status bankrap di Mahkamah Persekutuan

 

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “BANKRAP BOLEH BUKA AKAUN BANK DIGITAL KE TAK?(Kesan Bankrap Terhadap Individu)”

Leave a Comment