Cara Reload Touch n’ Go EWallet Guna MAE Maybank 

Cara Reload Touch n’ Go EWallet Guna MAE Maybank

TOUCH n' GO MAE 

Kepada para pelanggan Maybank, smestinya anda telah install aplikasi MAE Maybank kerana memiliki perkhidmatan yang sangat mudah dan pantas untuk melakukan sebarang transaksi secara online antaranya transaksi tambah nilai. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara reload Touch n’ Go EWallet Guna MAE Maybank, semoga membantu.

 

KELEBIHAN GUNA MAE MAYBANK

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan MAE Maybank:

  • Senang digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

 

CARA RELOAD TOUCH n’ GO eWALLET GUNA MAE MAYBANK

Kepada anda yang ingin membuat tambah nilai menggunakan aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Touch n’ Go eWallet dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan utama klik pada Reload
  3. Kemudian Copy no akaun TnG eWallet anda pada Bahagian Duit Now Transfer
  4. Seterusnya buka aplikasi MAE di telefon anda
  5. Pada paparan Quick Action, pilih pada Transfer
  6. Anda dikehendaki untuk memasukkan kata laluan Maybank2U anda, dan klik continue
  7. Pada bahagian seterusnya klik pada bahagian Duit Now
  8. Seterusnya klik pada bahagian Bank
  9. Kemudian scroll ke bawah dan pilih Touch n’ Go eWallet
  10. Masukkan no akaun TnG eWallet anda tadi (paste sahaja no tersebut) dan klik done
  11. Seterusnya masukkan jumlah yang ingin anda reload dan seterusnya klik butang Continue.
  12. Pada bahagian reference, masukkan rujukan penerima dan klik Continue
  13. Kemudian pilih Funds Transfer dan klik Continue
  14. Paparan pengesahan transaksi akan tertera. Sekiranya betul klik pada Transfer Now
  15. Seterusnya klik Approve pada pengesahan Secure2U bagi pengesahan transaksi dalam masa 50 saat
  16. Transfer Successfull, proses reload menggunakan aplikasi MAE ini telah berjaya.

 

HAD LIMIT RELOAD TOUCH n’ GO eWALLET MAE MAYBANK

Bagi akaun e-wallet MAE terdapat had tertentu bagi urusniaga seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Baki maksimum tidak melebihi RM4,999.99 dalam satu- satu masa.
  • Had maksimum transaksi RM2,999.99 untuk setiap transaksi.
  • Had maksimum transaksi bulanan di bawah RM 5,000.00
  • Amaun transaksi terkumpul maksimum RM60,000.00 bagi setiap tahun kalender.

NOTA: Sekiranya Anda mempunyai Kad Debit MAE Visa, had pemindahan adalah maksimum RM10,000.00 setiap transaksi, RM10,000.00 sebulan dan RM120,000.00 sebulan tahun.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara reload Touch n’ Go eWallet, sila layari portal MAE Maybank

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment