PLAN 5G PALING MURAH & BERBALOI(Check Coverage & Harga Pakej)

PLAN 5G PALING MURAH & BERBALOI(Check Coverage & Harga Pakej)

PLAN 5G MURAH

Berkembangnya teknologi terkini, penggunaan perkhidmatan internet terkini memang amat menggalakkan. Pada masa kini pelbagai perkhidmatan pembekal rangkaian memperkenalkan internet berkelajuan tinggi menggunakan teknologi  5g. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai plan 5g paling murah yang tersedia untuk anda membuat pilihan, semoga membantu.

 

APA ITU TEKNOLOGI 5G

5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Teknologi ini merupakan lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G. Akan tetapi teknologi 5G mempunyai keupayaan yang nyata berbeza berbanding teknologi sebelumnya.

Pada zaman teknologi 1G dan 2G, sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih. Teknologi 5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.

 

KELEBIHAN TEKNOLOGI 5G

Berikut adalah merupakan antara kelebihan sifat utama teknologi 5G iaitu:

  • Kelajuan yang tinggi
  • Kadar lengahan yang rendah (1milisaat)
  • Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi

 

SENARAI PLAN 5G PALING MURAH & BERBALOI

Berikut adalah merupakan senarai perkhidmatan telco yang menggunakan teknologi 5g dan menawarkan plan internet yang berbaloi iaitu:

TELCOTAWARANHARGA
Yes 5GYes juga menyediakan pelan 5G tanpa had kuota termurah, iaitu RM30/bulan yang turut datang bersama panggilan tanpa had. Tetapi hanya akses 5G tanpa had, akses 4G dikenakan sekatan kelajuan 7Mbps. Selain itu, ada kuota hotspot berasingan iaitu 12GB.Bermula RM15
YoodoDengan Yoodo, anda boleh menikmati akses 5G bersama data dari serendah RM23/bulan. RM23 ini adalah caj RM5 untuk akses 5G dan data berkelajuan tinggi sebanyak 10GB.Bermula RM23
Unifi MobileTelekom Malaysia menerusi Unifi Mobile, turut menawarkan prabayar dengan akses 5G. Harganya cuma RM25/bulan dan ia memberikan 30GB data yang boleh digunakan di rangkaian 4G dan 5G.Bermula RM25
U MobilePengguna boleh menikmati kelajuan penuh 4G/5G pada setiap hari Sabtu dan Ahad, dengan menebus pas di dalam aplikasi MYUMobile setiap hujung minggu. Maknanya, 2 daripada 7 hari seminggu boleh pakai 5G.Bermula RM25
DigiDigi memberi peluang penggunanya untuk merasai akses 5G apabila melancarkan pelan Digi Next 5G berharga RM48/bulanBermula RM48
Celcom XpaxCelcom memberi peluang penggunanya untuk merasai akses 5G apabila melancarkan pelan tanpa had berharga RM48/bulanBermula RM48

 

CARA SEMAK COVERAGE 5G

Anda boleh menyemak menerusi Portal JENDELA yang mempunyai beberapa fungsi untuk pengguna seperti menyemak perkhidmatan rangkaian yang tersedia, kekuatan sambungan rangkaian, lokasi WiFi atau internet yang tersedia di sekitar kawasan tersebut dan lain-lain lagi. Beerikut adalah merpakan caranya:

  1. Layari pautan JENDELA
  2. Lihat lapisan liputan
  3. Pilih semak liputan
  4. Pilih lapisan liputan
  5. Klik pada Lapisan liputan
  6. Paparan akan menunjuk liputan rangkain 5G yang tersedia

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “PLAN 5G PALING MURAH & BERBALOI(Check Coverage & Harga Pakej)”

Leave a Comment