CARA KIRA CUTI UNPAID LEAVE(Boleh Ke Ambil Berapa Ambil)

CARA KIRA CUTI UNPAID LEAVE(Boleh Ke Ambil Berapa Ambil)

CARA KIRA CUTI UNPAID LEAVE

Semestinya setiap syarikat akan memberikan kadar kelayakan cui rehat tahunan kepada para pekerjanya seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022. Tetapi jika peuntukan cuti anda telah habis, semestinya anda terpaksa mengambil unpaid leave. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara kira bayaran gaji jikan anda ambil cuti unpaid leave, semoga membantu

 

APA ITU UNPAID LEAVE

Cuti tanpa gaji pula adalah apabila seorang pekerja yang kehabisan kouta cuti tahunannya, mengambil cuti tambahan tetapi dengan persetujuan majikan dan tidak dibayar gaji.

 

JUMLAH CUTI UNPAID LEAVE BOLEH DIAMBIL

Seorang pekerja boleh mohon cuti tanpa gaji atau unpaid leave (UPL) yang tidak termasuk dalam peruntukan jumlah cuti tetapi dibenarkan mengikut budi bicara majikan.

Secara amnya cuti tanpa gaji tidak disebut dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan)2022 tetapi akta tersebut ada menetapkan bahawa seorang majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk ambil cuti tanpa gaji secara paksaan.

 

PERBEZAAN CUTI BERGAJI DAN CUTI TANPA GAJI

Berikut adalah merupakan perbezaan cuti bergaji dan cuti tanpa gaji (unpaid leave) iaitu:

CUTI BERGAJICUTI TANPA GAJI
Secara definisi cuti bergaji adalah bila seorang pekerja itu bercuti tetapi masih dibayar

Terdapat 6 jenis cuti yang melayakkan seorang pekerja itu dapat bayaran ketika bercuti iaitu Cuti Rehat Mingguan, Cuti Tahunan, Cuti Umum, Cuti Sakit, Cuti Bersalin dan Cuti Paterniti.

Cuti tanpa gaji pula adalah apabila seorang pekerja yang kehabisan kouta cuti tahunannya, mengambil cuti tambahan tetapi dengan persetujuan majikan dan tidak dibayar gaji.

Permohonan cuti tanpa gaji perlukan seorang pekerja dan majikan capai persetujuan sama untuk membenarkan pekerja bercuti tetapi dengan syarat tidak dibayar gaji ketika tempoh bercuti itu.

 

FORMULA CARA KIRA CUTI UNPAID LEAVE

Sekiranya anda mengambil cuti tanpa gaji, berikut adalah merupakan formula penggiraan nya iaitu:

  • Gaji Kasar / Jumlah Hari Dalam Bulan X Jumlah Hari Cuti Tanpa Gaji

NOTA: Jumlah hari dalam bulan itu bermaksud jumlah hari yang sepatuntnya bekerja

 

CONTOH KIRA CUTI UNPAID LEAVE

Berikut adalah merupakan situasi contoh penggiraan unpaid leave yang harus dibayar ataupun potongan daripada gaji bulanan anda iaitu:

  • Gaji Kasar: RM 2500
  • Jumlah Hari Dalam Bulan: Bulan Mei – 31 Hari
  • Jumlah Hari Cuti Tanpa Gaji: 5 Hari

Cara penggiraan:

  • Gaji Kasar / Jumlah Hari Dalam Bulan X Jumlah Hari Cuti Tanpa Gaji
  • (RM2500 / 31Hari) X 5Hari = RM403.23
  • Ini bermaksud jumlah bayaran balik yang perlu anda bayar adalah sebanyak RM403.23 (jika dibayar gaji secara penuh) atau anda akan menerima gaji Bersih yang berkurang sebanyak jumlah ini pada hari gaji.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment