CARA TURUNKAN GULA DALAM DARAH CEPAT SELAMAT HAMIL(Senaman Kawal Secara Semula Jadi)

CARA TURUNKAN GULA DALAM DARAH CEPAT SELAMAT HAMIL(Senaman Kawal Secara Semula Jadi)

CARA TURUNKAN GULA

Adakah anda mempunyai masalah gula tinggi? Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menurunkannya secara semula jadi tanpa ubat. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara turunkan gula dalam darah dengan cepat dan selamat, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU KAWAL GULA DALAM DARAH

Anda perlu ketahui sedar bahawa gula tinggi boleh membahayakan kesihatan. Berikut adalah gejala gula darah tinggi yang mungkin berlaku pada anda:

  • Mengalami sakit kepala dan kesakitan lain
  • Berasa sukar untuk menumpukan perhatian
  • Kerap berasa sangat dahaga atau lapar
  • Berasa mengantuk atau keletihan
  • Penglihatan yang kurang jelas atau terganggu
  • Mempunyai mulut yang kering
  • Mengalami kembung perut
  • Kerap berasa ingin membuang air kecil
  • Luka lambat sembuh

 

CARA TURUNKAN GULA DALAM DARAH SECARA SEMULAJADI

Perubahan gaya hidup memainkan peranan penting untuk membantu merawat dan mengatasi masalah gula dalam darah anda. Berikut adalah merupakan beberapa cara yang anda boleh anda amalkan iaitu:

Kawal bahagian makanan setiap hariAntara cara turun kencing manis yang boleh diamalkan adalah dengan menggunakan pinggan kecil, membaca label makanan sebelum membeli dan makan secara perlahan-lahan.
Makan banyak makanan berseratSerat dalam makanan boleh memperlahankan proses pencernaan makanan dan penyerapan gula dalam darah. Antara jenis makanan adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan juga kekacang.
Makan makanan yang kaya kromium dan magnesiumKromium terlibat dalam proses metabolisme karbohidrat dan juga lemak. Ia mungkin meningkatkan tindakan insulin, sekali gus membantu pengawalan gula darah.
Magnesium pula telah terbukti memberikan kesan positif kepada paras gula darah.
Ambil makanan yang rendah indeks glisemik (GI)Indeks glisemik (GI) mengukur seberapa cepat karbohidrat terurai sewaktu proses penghadaman dan seberapa pantas badan anda menyerapnya. Ini secara langsung akan mempengaruhi kadar penyerapan gula darah anda.
Makan makanan tinggi probiotikProbiotik merupakan sejenis bakteria baik yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Ini termasuklah memperbaiki pengawalan gula darah. Antara makanan yang kaya dengan probiotik ialah seperti tempe, yogurt dan juga kimchi.
BersenamBersenam dengan kerap bukan sahaja boleh membantu mengekalkan berat badan ideal, tetapi juga boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan dapat membantu otot anda untuk menggunakan gula darah sebagai sumber tenaga dan kontraksi otot.
Banyakkan minum airMinum air merupakan antara cara turun kencing manis paling mudah untuk diamalkan. Minum air yang mencukupi setiap hari boleh membantu anda mengekalkan paras gula darah dalam julat yang sihat.

Rujuk: Portal rasmii MyHealth KKM

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA TURUNKAN GULA DALAM DARAH CEPAT SELAMAT HAMIL(Senaman Kawal Secara Semula Jadi)”

Leave a Comment