CARA TURUNKAN DARAH TINGGI CEPAT SELAMAT(Kawal Secara Semula Jadi)

CARA TURUNKAN DARAH TINGGI CEPAT SELAMAT(Kawal Secara Semula Jadi)

CARA TURUNKAN DARAH TINGGI

Adakah anda mempunyai masalah darah tinggi? Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menurunkannya secara semula jadi tanpa ubat. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara turunkan darah tinggi dengan cepat dan selamat, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU KAWAL DARAH TINGGI

Anda perlu ketahui sedar bahawa hipertensi adalah keadaan berbahaya yang boleh merosakkan jantung. Jika tidak dikawal, ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

 

CARA TURUNKAN DARAH TINGGI SECARA SEMULAJADI

Perubahan gaya hidup memainkan peranan penting untuk membantu merawat dan mengatasi masalah hipertensi anda. Berikut adalah merupakan beberapa cara yang anda boleh anda amalkan iaitu:

Kurangkan berat badanBerat yang berlebihan ini juga menyebabkan gangguan pernafasan semasa tidur (sleep apnea), sekali gus menjadi punca masalah tekanan darah tinggi.  Penurunan berat walaupun sedikit bagi individu obesiti dapat membantu mengurangkan tekanan darah.
Bersenam secara berkalaBeberapa contoh senaman seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal, berenang atau menari dapat membantu mengurangkan masalah tekanan darah tinggi. Aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten – 150 minit seminggu atau sekitar 30 minit hampir setiap hari seminggu
Diet seimbangAmbil makanan tinggi kandungan bijirin, buah-buahan, sayuran dan produk tenusu rendah lemak. Manakala kurangkan pengambilan lemak tepu dan kolesterol untuk membantu menurunkan tahap tekanan darah anda.
Kurangkan garamPengurangan jumlah garam walaupun sedikit dalam makanan dapat menambahbaikan kesihatan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan diproses dan pilihlah untuk menggunakan rempah dan herba sebagai bahan perasa.
Berhenti merokok (bagi perokok)Berhenti merokok dapat mengembalikan kadar tekanan darah ke tahap normal, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Kurangkan stresLuangkan masa untuk memikirkan punca yang menyebabkan anda tertekan, seperti pekerjaan, keluarga, kewangan atau penyakit dan pertimbangkan cara untuk anda dapat menghilangkan atau mengurangkan tekanan.
Tidur lenaTekanan darah biasanya akan turun ketika anda sedang tidur. Jika anda tidak dapat tidur lena, ia boleh mempengaruhi kadar tekanan darah.

Rujuk: Portal rasmii MyHealth KKM

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment