CARA KURANGKAN KOLESTROL DALAM DARAH(Buah Makanan Sayur Suplemen Tanpa Makan Ubat)

CARA KURANGKAN KOLESTROL DALAM DARAH(Buah Makanan Sayur Suplemen Tanpa Makan Ubat)

CARA KURANGKAN KOLESTROL

Adakah anda mempunyai masalah bacaan kolesrol tinggi? Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menurunkannya secara semula jadi tanpa ubat. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara kurangkan kolestrol dalam darah dengan cepat dan selamat, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU KAWAL KOLESTROL

Anda perlu ketahui sedar bahawa kolestrol tinggi boleh membahayakan kesihatan. Berikut adalah merupakan risiko penyakit akibat kesan kolesterol tinggi iaitu:

  • Penyakit jantung koronari
  • Strok
  • Penyakit arteri periferal
  • Kencing manis jenis II
  • Tekanan darah tinggi

 

PUNCA KOLESTEROL TINGGI

Berikut adalah merupakan beberapa penyebab utama kolesterol tinggi seperti:

  • Amalan pemakanan tidak sihat. Makan banyak lemak tepu dan lemak trans
  • Kurang aktiviti fizikal.
  • Kerap Merokok

 

CARA KURANGKAN KOLESTROL SECARA SEMULAJADI

Perubahan gaya hidup memainkan peranan penting untuk membantu merawat dan mengatasi masalah kolestrol anda. Berikut adalah merupakan beberapa cara yang anda boleh anda amalkan iaitu:

Berhenti merokokMerokok serta vape boleh merendahkan kolesterol yang baik (HDL). Pilihan terbaik untuk mengurangkan kolesterol adalah dengan memilih untuk berhenti merokok.
Menurunkan berat badanSekiranya indeks jisim tubuh (body mass index; BMI) anda dalam kategori berlebihan berat badan atau obes, fokus untuk turunkan berat badan akan turut memperbaiki paras kolesterol tubuh anda.
Sememangnya mempunyai berat badan yang berlebihan tidak bermakna anda mempunyai masalah kolesterol tinggi. Ini kerana terdapat juga individu yang mempunyai masalah kolesterol tinggi mempunyai jumlah berat badan yang normal.
Bersenam dan aktiviti fizikalSaranan daripada American Heart Association (AHA) adalah dengan melakukan aktiviti berintensiti sederhana hingga intensiti tinggi selama 150 minit setiap minggu.
Secara mudah, senaman dan aktiviti fizikal membantu meningkatkan kadar kolesterol baik HDL serta mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL. HDL berperanan membersihkan tubuh anda daripada kolesterol bahaya serta menyelenggara kerosakan yang ada pada saluran darah.
Ambil Makanan tambahanTerdapat pelbagai kajian telah membuktikan makanan tambahan seperti minyak ikan dan serat boleh larut coenzyme Q10 berpotensi untuk menurunkan kolesterol.
Penjagaan aspek pemakananMemberikan perhatian dalam penjagaan dan pengambilan diet pemakanan harian anda. Anda perlu mengawal apa yang akan anda masukkan ke dalam mulut anda

Rujuk: Portal rasmii MyHealth KKM

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “CARA KURANGKAN KOLESTROL DALAM DARAH(Buah Makanan Sayur Suplemen Tanpa Makan Ubat)”

Leave a Comment