CARA BELI TIKET PUSAT SAINS NEGARA (Guna Aplikasi e-Ticketing PSN)

CARA BELI TIKET PUSAT SAINS NEGARA (Guna Aplikasi e-Ticketing PSN)

TIKET PUSAT SAINS NEGARA

Kepada anda yang ingin melancong ke pusat sains negara, kini anda boleh membuat pembelian tiket secara online mengikut tarikh yang anda inginkan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara beli tiket Pusat Sains Negara (PSN) menggunakan aplikasi e-ticketing PSN, semoga membantu.

 

APA ITU PUSAT SAINS NEGARA

Pusat Sains Negara (atau PSN) merupakan sebuah taman tema berkonsepkan sains dan teknologi yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat ini juga adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

 

MUAT TURUN APLIKASI E-TICKETING PSN

Bagi memudahkan anda membuat tempahan pembelian tiket, anda seharusnya memuat turun aplikasi e-ticketing PSN ini seperti pautan di bawah:

 

CARA BELI TIKET PUSAT SAINS NEGARA GUNA APLIKASI E-TICKETING

Sistem e-Ticketing PSN ini sudah pun tersedia pada 18 Julai 2023 bagi membolehkan pengunjung membuat pembelian tiket kemasukan dari aplikasi seperti berikut:

  1. Buka aplikasi e-ticketing PSN di telefon anda
  2. Pilih tarikh yang anda ingin kunjungi dan bilangan ahli
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan
  4. Buat pembayaran. Pada masa kini pembayaran boleh dibuat menerusi perbankan internet dan e-dompet (e-wallet) sahaja. Kaedah bayaran melalui kad debit dan kad kredit pula sedang diintegrasi dalam masa yang terdekat bagi memudahkan semua pengguna sistem.

NOTA: Pembelian tiket secara atas talian bagi hari yang sama adalah selewat-lewatnya jam 4.00 pm. Selepas tempoh tersebut, pembelian tiket perlu dibuat di Kaunter Tiket PSN.

 

CARA BELI TIKET PUSAT SAINS NEGARA BAGI LAWATAN SEKOLAH

Bagi kumpulan lawatan sekolah untuk Kategori Pra-Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, tempahan perlu dibuat melalui Sistem Tempahan Lawatan PSN. Pada tarikh lawatan, Penyelaras Sekolah perlu mengemukakan Surat Rasmi Permohonan Lawatan Sambil Belajar daripada pihak sekolah dan Slip Tempahan kepada petugas kaunter tiket.

 

WAKTU OPERASI PUSAT SAINS NEGARA

Waktu Lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN) adalah dari 9.00 am – 5.00 pm, setiap hari kecuali hari Jumaat. Notis penutupan akan dimaklumkan melalui Laman Sesawang PSN sekiranya terdapat penutupan luar jangka.

 

CARA MASUK PUSAT SAINS NEGARA

Dokumen Pengenalan Diri (MyKad/MyKid/Passport) adalah WAJIB dipamer semasa kemasukan. Pelawat perlu membayar perbezaan sekiranya dokumen pengenalan diri atau jenis/harga tiket yang dibeli adalah berbeza daripada yang dikemukakan semasa semakan.

Kod QR pada e-Tiket perlu dipamer semasa kemasukan ke PSN dan Galeri Pameran Bertema.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PSN di [email protected] / 03-2089 3400. Tempoh operasi panggilan adalah dari 9.00 pagi – 5.00 petang.

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA BELI TIKET PUSAT SAINS NEGARA (Guna Aplikasi e-Ticketing PSN)”

Leave a Comment