CARA DELETE AKAUN MAE MAYBANK(Nak Buat Akaun Baru)

CARA DELETE AKAUN MAE MAYBANK(Nak Buat Akaun Baru)

DELETE AKAUN MAE MAYBANK

Semestinya anda ketahui bahawa Maybank telah melancarkan e-wallet pertamanya bagi memudahkan transaksi perbankan yang dikenali sebagai MAE Maybank. Kepada anda yang pernah aktifkan MAE ini anda ingin delete akaun tersebut kerana atas sebab tertentu, semestinyta anda ingin ketahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara delete akaun MAE Maybank,  semoga membantu.

 

APA ITU MAE MAYBANK

“Maybank, Anytime, Everyone” (MAE) adalah e-Wallet, yang membolehkan pelanggan membuka akaun Maybank eWallet dengan serta-merta di bawah Kerangka Pemindahan Kredit Interoperable (ICTF) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2018.

 

CARA DELETE AKAUN MAE MAYBANK

Jika anda memohon pemotongan akaun, pastikan semua baki dalam akaun anda telah dikeluarkan sebelum memohon pemotongan. Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan untuk delete akaun MAE anda iaitu seperti berikut:

Cara Delete Akaun MAE Maybank Melalui Call Center

  1. Pastikan anda mempunyai maklumat akaun Maybank anda termasukHubungi pusat panggilan Maybank pada nombor 1-300-88-6688 atau +603-7844 3696 (jika panggilan dari luar Malaysia) atau emel ke [email protected]
  2. Maklumkan kepada pegawai perkhidmatan pelanggan yang anda ingin hapuskan akaun anda tersebut
  3. Pegawai perkhidmatan pelanggan akan memerlukan maklumat akaun anda untuk mengesahkan identiti anda. Pastikan anda memberikan maklumat dengan betul, andataranya seperti:
    1. Nombor akaun
    2. Nama penuh anda
    3. Nombor kad pengenalan.
  4. Ikuti arahan Pegawai Khidmat Pelanggan tersebut sehingga selesai.
  5. Pastikan anda meminta pengesahan sebagai bukti pemadaman akaun.

Cara Padam Akaun MAE Maybank Melalui Cawangan

  1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank berhampiran anda
  2. Setelahno anda dipanggil, jelaskan niat anda untuk memadam akaun Mae Maybank anda kepada pegawai perkhidmatan pelanggan.
  3. Pegawai perkhidmatan pelanggan akan meminta maklumat akaun anda untuk mengesahkan identiti anda. Sila berikan maklumat yang diminta dengan tepat.
  4. Pegawai perkhidmatan pelanggan akan meminta anda untuk mengisi borang pemotongan akaun atau membuat permohonan bertulis. Sila ikuti arahan mereka dan pastikan borang atau permohonan anda diisi dengan betul.
  5. Pastikan anda meminta pengesahan sebagai bukti pemadaman akaun.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara delete akaun MAE Maybank, sila layari pautan MAE by Maybank2u (FAQ)

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA DELETE AKAUN MAE MAYBANK(Nak Buat Akaun Baru)”

Leave a Comment