CARA BAYAR PINJAMAN LOAN KERETA GUNA GO BY BANK ISLAM

CARA BAYAR PINJAMAN LOAN KERETA GUNA GO BY BANK ISLAM

BAYAR LOAN KERETA BANK ISLAM

Kebanyakkan orang mesti memiliki sekurang-kurang sebuah kerata kan. Mungkin ada yang baru membeli kereta dan dah perlu start untuk buat bayaran pertama bulan ni. So dah boleh simpan duit siap-siap untuk bayar kereta pulak lepas ni. Disini kami ingin kongsikan cara untuk bayar pinjaman/loan kenderaan (mostly kereta) secara online guna Go By Bank Islam, semoga membantu.:

 

APA ITU GO BY BANK ISLAM

Go by Bank Islam adalah aplikasi perbankan mudah alih yang ditawarkan oleh Bank Islam yang membolehkan anda mengakses akaun Bank Islam dan melaksanakan perkhidmatan tertentu dengan cepat dan selamat melalui peranti mudah alih anda 24 jam sehari.

 

PERKHIDMATAN GO BY BANK ISLAM

Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan yang tersedia emlalui aplikasi ini

  1. Penyata akaun untuk :
    • Akaun simpanan / semasa
    • Akaun Deposit Bertempoh & Akaun Pelaburan
    • Kad Kredit-i
    • Akaun Pembiayaan
  2. Pindahan dana kepada senarai ‘Favourite’ anda
  3. Bayaran bil dalam senarai ‘favourite’ anda
  4. Bayaran kepada Kad Kredit-I dan akaun pembiayaan Bank Islam
  5. Kongsi resit transaksi kepada orang lain
  6. Pengesahan transaksi melebihi RM10,000 yang dibuat melalui Perbankan internet Bank Islam (pengesahan transaksi)

 

CARA BAYAR LOAN KERETA GUNA GO BY BANK ISLAM

Sekiranya anda ingin baya pinjaman kereta Bank Islam, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Buka aplikasi Go By Bank Islam dan log masuk ke akaun anda yang telah didaftarkan.
  2. Pilih pada menu Tranfers. Tekan butang Other Account pada DuitNow.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti
    • Pada From Account, masukkan maklumat akaun Anda.
    • Pada Transfer To, klik Business Registation Number.
    • Pada Transfer Type, klik Financing/Loan Payment.
    • Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
    • Masukkan No Pinjaman/No Kenderaan Anda.
    • Isikan Rujukan bagi penerima.
  4. Setelah lengkap klik pada butang Continue dan sahkan butiran transaksi. Jika sudah betul, klik Transfer Now. Sahkan transaksi tersebut dengan menekan buang Approve.
  5. Klik butang Share untuk menghantar resit transaksi.
  6. Transaksi pemindahan wang anda selesai! Pastikan Anda menyimpan resit pembayaran.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai cara bayar pinjaman kereta guna GO By Bank Islam, anda boleh merujuk:

ARTIKEL LAIN:lambat bayar loan kereta bank islam

Leave a Comment