CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAE(Kalkulator Jadual Berapa Bayaran Minimum)

CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAE(Kalkulator Jadual Berapa Bayaran Minimum)

BAYAR KAD KREDIT MAE

Kepada  pelanggan Maybank yang memiliki kad kredit Maybank, seharusnya anda perlu membuat pembayaran minimum yang ditetapkan.  Disini kami akan kongsikan mengenai bayaran minimum kad kredit Maybank serta cara bayar guna MAE, semoga membantu.

 

APA ITU BAYARAN MINIMUM KAD KREDIT

Pembayaran minimum kad kredit merupakan jumlah paling sedikit yang anda boleh bayar ke atas baki kad kredit anda tanpa dihukum dengan bayaran lewat dan peningkatan kemungkinan kadar faedah.

 

KADAR BAYARAN MINIMUM KAD KREDIT MAYBANK

Bayaran minimum 5% daripada baki penyata + 100% ansuran bulanan* (jika ada) + 100% amaun tunggakan (jika ada) + amaun melebihi had kredit (jika ada) ATAU RM 25 yang mana lebih tinggi.

Nota: *Untuk pelan ansuran baru pada 01 Oktober 2019 dan seterusnya

 

JADUAL BAYARAN BULANAN MINIMUM MAYBANK

Jadual berikut menunjukkan jumlah kaedah (Caj Kewangan) dan tempoh pembayaran balik bagi senario baki tertunggak yang berbeza jika anda hanya membayar bayaran minima secara berterusan. Pengiraan adalah berdasarkan andaian berikut :

  • Berdasarkan bahagian caj kewangan dibawah
  • Tiada transaksi baru pada Kad
  • 30 hari sebulan
Pembelian Runcit: Contoh dibawah adalah bagi jumlah tertunggak yang berbeza
Baki Tertunggak (RM)3,0005,00010,000
PembayaranBayaran Minima 5% atau RM25 sahajaBayar RM 250Bayaran Minima 5% atau RM25 sahajaBayar RM 350Bayaran Minima 5% atau RM25 sahajaBayar RM 650
Bahagian I 15% setahunTempoh bayaran balik (bulan)7013831610117
Jumlah caj dikenakan (RM)842.51221.771460.91458.353007.031000.97
Bahagian I 17% setahunTempoh bayaran balik (bulan)7214861610518
Jumlah caj dikenakan (RM)995.85256.631728.07527.433558.48160.55
Bahagian I 18% setahunTempoh bayaran balik (bulan)7414881610718
Jumlah caj dikenakan (RM)1077.80273.531870.67562.733852.861239.96

 

Pengeluaran Wang Tunai – Contoh dibawah adalah senario bagi jumlah tunggakan yang berbeza
Baki Tertunggak (RM)5001,0001,5002,0005,00010,000
Tempoh Bayaran (Bulan)122536447089
Caj Pengurusan 18%73.50255.90470.06685.861983.334138.19

 

KESAN PEMBAYARAN MINIMUM MAYBANK

Berikut adlaah merupakan kesan jika hanya membuat pembayaran minimum kad kredit sahaja iiatu:

  • Tempoh Bayaran Menjadi Lebih Panjang
  • Jumlah Hutang Kad Kredit Makin Bertambah
  • Laporan CCRIS Terjejas

 

CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAE

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran Kad Kredit anda menggunakan MAE, berikut adalah cara nya iaitu:

  1. Buka aplikasi MAE dan log masuk akaun anda
  2. Pada halaman menu, pilih pada Pay & Transfer. Pilih option Transfer.
  3. Pada bahagian Transfer To, pilih Other Account dan pilih New Transfer.
  4. Pilih bank yang mengisukan kad kredit yang sedang anda gunakan.
  5. Akan tertera pop-up yang meminta maklumat peribadi kad kredit:
    • Account Number: sila isikan nombor akaun kad kredit anda.
    • Recepient’s Name: masukkan nama anda.
    • Tranfer Amount:Masukkan jumlah pembayaran yang ingin anda lakukan.
    • Pilih tarikh transaksi pembayaran yang ada inginkan di Effective Date.
    • Nyatakantujuan pembayaran anda bagi rujukan di masa hadapan di kotak Recepient’s Reference.
  6. Setelah selesai, klik butang Transfer.
  7. Sahkan transaksi anda dengan klik pada Approve pada Secure2u
  8. Pembayaran anda telah selesai

 

CARA SELESAI PEMBAYARAN KAD KREDIT DENGAN CEPAT

Berikut adalah merupakan tips selesaikan hutang kad kredit dengan cepat iaitu:

  • Kurangkan penggunaan kad kredit serta-merta
  • Hentikan semua potongan terus secara automatik (auto-debit) dari kad kredit anda.
  • Amalkan konsep pakai selagi boleh, baiki dulu sebelum beli baru. Kos memperbaiki lebih rendah berbanding beli baru.
  • Jika perlu, tambah pendapatan sampingan anda. Anda takkan mampu bayar hutang jika pendapatan anda tak bertambah.
  • Jangan bertangguh dan rasa sayang nak bayar kad kredit semata-mata nak harapkan bonus atau dividen ASB. Ini kerana faedah kad kredit jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 15-18%.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara bayar kad kredit MEA, anda boleh emlayari potal rasmi Maybank

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “CARA BAYAR KAD KREDIT GUNA MAE(Kalkulator Jadual Berapa Bayaran Minimum)”

Leave a Comment