CARA RENEW ROADTAX DIGITAL(Guna Aplikasi MyJPJ)

CARA RENEW ROADTAX DIGITAL(Guna Aplikasi MyJPJ)

RENEW ROADTAX DIGITAL MYJPJ

Bagi setiap pemilik kenderaan, roadtax adalah wajib untuk diambil dan diperbaharui supaya kenderaan dapat dipandu secara sah di atas jalan raya. Kepada anda yang ingin membuat semakan dan renew roadtax digital kini anda boleh menggunakan aplikasi MyJPJ. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU ROADTAX

Roadtax atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) lebih dikenali dengan istilah cukai jalan adalah bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah

 

MUAT TURUN APLIKASI MyJPJ

Bagi memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi ini di telefon anda melalui pautan di bawah:

 

TUJUAN KENA RENEW ROADTAX

Penting untuk anda perbaharui roadtax anda sebelum tarikh tamat untuk mengelakkan denda. Berdasarkan peruntukan undang-undang, pemilik kenderaan gagal menghidupkan cukai jalan boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

 

BILA PERLU RENEW ROADTAX

Roadtax perlu diperbaharui pada setiap tahun. Anda boleh mengambil tahu tarikh tamat tempoh roadtax anda dengan menyemak tarikh yang tertera di atas kertas roadtax anda. Roadtax boleh diperbaharui 60 hari, bersamaan dengan 2 bulan sebelum tarikh tamat tempohnya.

 

FAKTOR PENILAIAN HARGA ROADTAX

Berikut adalah merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah cukai jalan yang perlu dibayar iaitu:

  • Kapasiti enjin kenderaan
  • Lokasi kenderaan secara geografi
  • Jenis kenderaan
  • Jenis pemilikan.

 

CARA RENEW ROADTAX DIGITAL GUNA MyJPJ

Untuk renew roadtax digital ini guna MyJPJ, pastikan anda terlebih dahulu renew insurans anda terlebih dahulu. Kemudian berikut adalah merupakan caranya

  1. Buka aplikasi MyJPJ di telefon anda
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada paparan menu utama di bahagian Perlesenan Kenderaan klik pada Semakan/Pembaharuan Lesen Kenderaan
  4. Masukkan No Pendaftaran kenderaan anda pada ruangan yang tersedia dan klik Hantar
  5. Paparan akan menunjukkan Nama, No kad pengenalan dan no kenderaan serta dibawahnya pula akan menunjukkan paparan maklumat cukai jalan (roadtax) seperti tarikh mula dan tarikh luput.
  6. Kemudian klik seterusnya untuk membuat peembayaran roadtax anda
  7. Ikuti proses pembayaran hingga selesai.
  8. Selesai, kini anda telah renew roadtax anda secara digital.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara semak roadtax, anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “CARA RENEW ROADTAX DIGITAL(Guna Aplikasi MyJPJ)”

Leave a Comment