10 Jenis Barang Boleh Beli Guna Bantuan SARa MyKASIH

10 Jenis Barang Boleh Beli Guna Bantuan SARa MyKASIH

JENIS BARANG SARa MyKASIH

Seperti yang anda ketahui, Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan Prihatin Kasih. Kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa)yang menerima sebanyak RM600 secara cashless (Sistem MyKasih) boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan rumah. Disini kami akan kongsikan kepada jenis barang SARa yang boleh dibeli di kedai pasaraya MyKasih, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN SARa MYKASIH

Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah merupakan jumlah tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelyakan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. SARA adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar.

 

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARa MYKASIH

Kepada anda yang ingin membuat semakan kelayakan, berikut adalah merupakan caranya:

Portal MyKasih

  1. Layari pautan My Kasih
  2. Pada halama utama di bahagian atas, klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-)
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
  6. Kepada penerima yang kelayakan anda akan tertera paparan status:
    • Status – Layak
    • Jumlah Baki Terkini
    • Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Program bermula dan Program Berakhir

Portal MySTR

  1. Layari MySTR
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik pada Semakan Permohonan
  4. Penerima yang layak atau tidak layak akan akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing;

 

CARA SEMAK LOKASI KEDAI BANTUAN SARa MYKASIH

Anda juga boleh menyemak senarai kedai yang terlibat program MyKasih berhampiran anda seperti berikut:

  • Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
  • Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
  • Setelah lengkap klik Cari
  • Paparan akan menunjukkan senarai semua kedai yang terlibat MyKasih

 

10 JENIS BARANG BANTUAN SARa MyKASIH

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  1. Beras
  2. Mi segera
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Bahas Perasa (Contoh: sos, gula, kicap, garam)
  7. Tepung
  8. Minyak masak
  9. Makanan dalam tin (sardin)
  10. Minuman (contoh: susu, milo, Nescafe, Teh)

 

CARA TEBUS BANTUAN SARa MyKASIH

Sekiranya anda penerima bantuan ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar No Pin – Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
  4. Imbas kod barang – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan resit untuk semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Nota: Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment