CARA BAYAR AKPK GUNA MAE MAYBANK(Senang & Mudah)
Sekiranya anda mempunyai masalah kewangan seperti hutang kad kredit atau akibat pinjaman wang, AKPK mungkin dapat membantu anda untuk menstrukturkan semula bayaran hutang anda. Disni kami akan kongsikan cara daftar dan bayar guna AKPK guna MAE Maybank, semoga membantu
APA ITU AKPK
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu individu di Malaysia menyelesaikan sebarang permasalah kewangan mereka melalui pelbagai cara.
APAKAH PERANAN AKPK
Agensi ini membantu individu dalam masalah kewangan melalui pelbagai cara antaranya:
- Pendidikan kewangan
- Khidmat nasihat kewangan
- Program pengurusan kredit
BAGAIMANA CARA DAFTAR AKPK
Berikut adalah merupakan cara daftar:
- Layari pautan AKPK
- Klik pada Click Here to Login.
- Sekiranya anda pengguna kali pertama klik pada Pengguna Baru? Daftar di sini
- Ikuti proses pendaftaran sehingga selesai.
- Seterusnya anda boleh Login kembali dengan msukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda dan klik Login
BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI AKPK
Berikut adalah merupakan cara semakuntuk menyemak baki yang perlu dibayar:
- Layari pautan AKPK
- Log masuk akaun anda
- Klik pada Finance > Statement of Account Report
- Pada bahagian Data Range, anda boleh meletakkan tempoh tahun yang anda ingin semak dan klik vier
- Baki penyata AKPK akan terpapar dan anda boleh memuat turun penyatan ini dengan mengklik pada ikon Disket.
CARA BAYAR AKPK GUNA MAE MAYBANK
Berikut adakah cara bayar AKPK melalui website APKP
- Layari pautan Maybank2U
- Log masuk akaun anda
- Pada bahagian Quick Link, Pilih Bill Payment dan klik Go
- Seterusnya klik pada ‘AKPK: Make a DMP Payment’
- Pada bahagian AKPK Payment Type, pilih pada ‘DMP Monthly Installment’ dan klik ‘Continue’.
- Masukkan no kad pengenalan, Nombor Mudah Alih dan jumlah yang anda ingin membayar pada ruangan tersedia dan ‘Continue’.
- Sahkan pengesahan transaksi Secure2u dengan klik Approve pada aplikasi MAE Maybank anda
- Halaman Status Pembayaran akan muncul. klik ‘Cetak Resit’ untuk rujukan anda pada masa hadapan. Selesai
ARTIKEL LAIN: